Anak KM Sabah nafi dakwaan terlibat dadah, jadi buruan polis

- Advertisement -

TUARAN – Anak Ketua Menteri Sabah, Mohd Reza Hajiji menafikan menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah terbesar di negeri ini.

Ekoran itu beliau hadir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran petang ini.

Mohd Reza dalam laporan polis itu menafikan tuduhan mengaitkan dirinya adalah antara individu yang menjadi buruan polis kerana terbabit dengan kegiatan dadah.

Menurutnya, tuduhan dan fitnah yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp mengaitkan dirinya dengan kegiatan itu sama sekali tidak benar dan hanya memburukkan namanya.

“Semua dakwaan terhadap saya yang mengaitkan dengan kegiatan dadah adalah tidak berasas serta menjejaskan reputasi dan nama baik diri serta keluarga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta polis serta Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (SKMM) mengesan dalang yang menyebarkan tuduhan tidak berasas itu.

Sebelum ini, tular mesej mendakwa anak sulung Ketua Menteri Sabah itu turut terbabit dalam kartel dadah di Sabah yang baru baru ini ditahan dan disiasat polis. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat