Apa yang boleh dikatakan, Allah nak tunjuk siapa kawan dan lawan saya – DJ Lin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penamatan kontrak penyampai radio Suria FM, Tyzo, 47, menjadi isu yang hangat diperkatakan sejak kelmarin.

Ia rentetan pendedahan Tyzo, dirinya tiada kuasa dan pilihan, namun terpaksa meninggalkan stesen radio milik Star Media Group Berhad itu.

“Saya masih lagi mahu bekerja, tapi ini bukan kehendak saya. Inilah harga yang perlu saya bayar untuk sebuah kemenangan Penyampai Radio Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35),” tulisnya dalam laman Instagram.

Selain itu, pelbagai spekulasi mula bertebaran selepas Suria FM mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai slot Suria Petang berakhir, Jumaat lalu.

Mengulasnya, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin mohon maaf tidak dapat memberikan kenyataan atau menjawab persoalan yang timbul selepas isu penamatan kontrak Tyzo menjadi tular.

“Saya minta maaf. Buat masa ini, saya terpaksa mengunci mulut selepas terima arahan pihak pengurusan atasan.

“Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan. Bagaimanapun, Suria FM akan buat penjelasan lebih lanjut menerusi satu sidang media, Jumaat depan.

“Suria FM akan jelas segala-galanya agar tidak timbul tuduhan dan dakwaan bukan-bukan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Mengulas pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya, DJ Lin sekali lagi mohon maaf.

“Saya tak boleh jawab apa-apa. Tak adil dengar sebelah pihak sahaja, jadi tunggu penjelasan kami pada Jumaat depan.

“Apa yang boleh saya katakan, Allah nak tunjuk, siapa kawan dan lawan saya,” katanya.

Terdahulu, pengumuman penamatan kontrak Tyzo menjadi kecoh apabila ramai tidak berpuas hati dengan pemberhentian Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain Idris itu.

Tindakan dilakukan pihak pengurusan Suria FM disifatkan sebagai tidak wajar sedangkan segmen Suria Petang dikendalikan Tyzo bersama Sharifah Shahirah atau Shiera adalah slot paling popular pada waktu petang.

Tak berpuas hati dengan tindakan stesen radio itu, ramai mengugut mahu memboikot Suria FM. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat