Muhyiddin hanya mahu kekal berkuasa meskipun tiada majoriti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya didakwa gembira kononnya UMNO kena ‘checkmate’ sebelum 31 Januari.

Namun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mengingatkan kepada Perikatan Nasional (PN) dan penyokongnya bahawa ini bukan lagi kerajaan dengan majoriti lemah tetapi kerajaan tiada majoriti.

Bahkan Puad memberi amaran, rakyat akan checkmate kerajaan tidak lama lagi.

“Muhyiddin dan penyokongnya gembira kononnya UMNO kena checkmate sebelum 31 Januari.

“Ingatlah, ini bukan lagi kerajaan majoriti lemah tetapi kerajaan tiada majoriti. Rakyat akan checkmate kamu,” catatnya di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu katanya, walaupun ada yang mendakwa kerajaan minoriti masih boleh berfungsi, tetapi dari segi moral, Muhyiddin tidak bermoral kerana hanya 109 ahli Parlimen yang menyokongnya.

Justeru, ujar Puad beliau hanya memperkukuhkan lagi ketidakstabilan dalam negara dan akan membawa padah lebih buruk kepada ekonomi.

Tegasnya, tempoh 10 bulan bukti Muhyiddin gagal memulihkan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Beliau menolak rekonsilisasi politik. Sebaliknya mengambil pendekatan autokratik apabila memohon perkenan darurat.

“Beliau (Muhyiddin) mahu kekal berkuasa,” kata Puad.

Tambah beliau, tidak ada siapa tahu berapa jumlah sokongan terhadap Muhyiddin bila beliau diperkenan sebagai Perdana Menteri ke 8. Tiada SD, tiada senarai yang didedah sebagai bukti.

“Ia hanya diketahui bila berlaku undian untuk melantik Datuk Azhar Harun sebagai Speaker. Rupanya 113 sahaja. Sebab itu Kerajaan PN dikenali sebagai kerajaan majoriti lemah.

“Sekarang tinggal 109 apabila, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Ahmad Jazlan tarik balik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin. Ini adalah kerajaan tiada majoriti,” katanya.

Hal demikian, kata Puad maka timbul isu perundangan apakah Muhyiddin memberi nasihat sejujurnya kepada Yang di-Pertuan Agung untuk proklomasi darurat sedangkan beliau sudah kehilangan sokongan majoriti ketika itu.

“Sebab itu langkah Muhyiddin adalah langkah politik sama dengan usahanya untuk mendapatkan perkenan Agung untuk proklomasi Darurat 1.0. Ia ditolak oleh Majlis Raja Raja Melayu.

“Ada Menteri mengaku mereka hanya dimaklumkan mengenai darurat 1.0 dalam mesyuarat Kabinet. Tiada perbincangan. Alasannya bimbang Bajet ditolak dan untuk mengelak PRK Batu Sapi.

“Sebab itu langkah Darurat 2.0 hanya langkah politik. Covid-19 dijadikan alasan. Apa kena mengena Parlimen digantung sampai Ogos tetapi ‘shopping complex’ dibenarkan buka,” bidas Puad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat