Selangor Kenakan Kompaun, Sita Tapak ‘Fun Fair”

- Advertisement -

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor tidak sesekali berkompromi untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemilik tapak pesta fun fair yang beroperasi tanpa kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Exco Kerajaan Tempatan dan Pengangkutan Awam, Ng Sze Han berkata, kerajaan negeri mengambil maklum insiden mencederakan tiga individu termasuk kanak-kanak di sebuah ‘fun fair’ di Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.

“Kerajaan negeri amat berdukacita dengan kejadian menimpa semua mangsa tersebut. Saya mahu menegaskan bahawa pengoperasian pesta ria itu tidak mendapat sebarang kelulusan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS).

“Tindakan penguatkuasaan telah diambil termasuk mengenakan kompaun dan menyita lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas Sze Han, semua operator pesta ria dan pemilik tapak agar diberi amaran tidak menjalankan aktiviti tanpa lesen kerana ia melibatkan keselamatan orang awam.

“Sebarang pengoperasian taman tema yang masih berjalan tanpa kelulusan PBT mesti dihentikan serta merta. Kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan dan nyawa orang awam,” tegasnya.

Terdahulu, MPKS menegaskan pengusaha tapak pesta itu berdegil untuk beroperasi biarpun arahan sitaan dikeluarkan sebelum ini.

Yang Dipertuanya, Rahilah Rahmat memaklumkan pihaknya telah menjalankan sitaan itu pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan.

Namun, pesta ria itu beroperasi secara haram kerana tidak mendapat kebenaran pihaknya selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Suasana di fun fair itu gempar apabila tiga individu termasuk kanak-kanak cedera dalam insiden terjatuh daripada satu permainan, kira-kira pukul 8.50 malam tadi.

Siasatan awal mendapati mangsa melibatkan seorang kanak-kanak dan dua wanita di kawasan permainan ‘Sotong Ride’. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat