KP Perkhidmatan Awam ditamatkan perkhidmatan demi kepentingan awam?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah difahamkan telah ditamatkan perkhidmatan bermula semalam, 12 Disember.

Menurut sumber, penamatan perkhidmatan Mohd Shafiq dibuat dipercayai demi kepentingan awam di bawah Peraturan 49(3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Akta Pencen 1980.

Mohd Shafiq, 58, dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam pada 10 Februari lalu menggantikan Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman yang bersara wajib pada 16 Januari.

Mohd Shafiq sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengherdik pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 3 Ogos lalu.

Kejadian antara 8.40 pagi hingga 9.40 pagi itu berlaku di Balai Berlepas, KLIA.

Insiden didakwa bermula apabila tiada pegawai imigresen ditempatkan di kaunter bilik VIP KLIA.

Susulan insiden itu, Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut ketua pengarah perkhidmatan awam itu membuat permohonan maaf terbuka.

Ekoran kejadian itu, Perdana Menteri sebelum ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam mesyuarat Kabinetnya 5 Ogos lalu mengarahkan Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat kes itu ditubuhkan.

Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan bagi menyiasat dakwaan insiden berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat