Filem ‘Babi’: MCMC Gesa Seniman Tampil Kemukakan Aduan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meminta Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) mengemukakan aduan berkenaan filem kontroversi ‘Babi’ kepada suruhanjaya itu, bagi membolehkan penilaian dibuat terhadap kandungan yang diadukan.

MCMC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini menyatakan gesaan itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat oleh Seniman Jumaat lepas terhadap siaran filem kontroversi arahan Wee Meng Chee atau Namewee.

“Proses penelitian terhadap kandungan yang diadu boleh dibuat berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan selain AKM, penelitian lanjut juga boleh dibuat oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang berkenaan mengikut peruntukan undang-undang lain yang terpakai berkaitan dengan kandungan atau penyiaran kandungan.

“Sekiranya hasil penelitian dan siasatan yang dijalankan mendapati terdapat unsur pelanggaran terhadap peruntukan undang-undang sedia ada, maka tindakan penguatkuasaan boleh diambil oleh agensi yang berkenaan selaras kesalahan yang dilakukan mengikut undang-undang,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada 19 Nov lepas, MCMC telah berhubung dengan pihak YouTube berhubung trailer filem ‘Babi’ yang dimuat naik dalam saluran YouTube milik Namewee, namun masih menunggu maklum balas daripada pihak mereka yang berpangkalan di luar negara.
– Bernama

Topik Hangat

Hikayat Tan Sri Hamid Bador

Sidang media terakhir Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara (KPN) penuh kontroversi dan mungkin dilihat oleh sebahagian orang sebagai bersikap membalas...

Lompat parti tak salah, SPRM tak berhak siasat – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh melakukan siasatan ke atas ahli politik yang lompat parti kerana ia tidak menyalahi undang-undang...

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Berita Berkaitan

16 Lokaliti Di Sungai Ruan, 7 Kawasan Di Sempalit Dikenakan PKPD Bermula 8 Mei

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 16 lokaliti di Sungai Ruan serta tujuh kawasan di Sempalit, Raub, Pahang bermula...

Kerajaan Laksana Misi Bawa Pulang Rakyat Malaysia Dari India – Hishammuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan melaksanakan misi repatriasi khusus bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di wilayah utara dan barat India semasa negara...

19 Kematian, 3,551 Kes Baru Covid-19 Direkodkan Hari Ini

KUALA LUMPUR - Malaysia terus mencatatkan kes baharu jangkitan COVID-19 melebihi angka 3,000 dengan 3,551 kes baharu yang direkodkan pada Khamis. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,...