Enam Ketua Tolak Konvensyen Amanah N. Sembilan, Dakwa Kepimpinan Tidak Sah

- Advertisement -

SEREMBAN – Enam Ketua Kawasan dan Sayap Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan, tidak akan menghadiri Konvensyen Amanah Negeri Sembilan kali kelima yang dijadualkan berlangsung esok.

Naib Pengerusi 2 Parti Amanah Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar berkata, enam dari lapan pemimpin Amanah itu mengambil keputusan tersebut, kerana mendakwa kepimpinan tertinggi Amanah Negeri ketika ini, tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan sebelum pelaksanaan konvensyen.

“Kami telah menerima maklumat daripada mesyuarat pimpinan tertinggi Amanah Nasional, yang meluluskan pemilihan semula pimpinan tertinggi Amanah Negeri Sembilan, namun sehingga kini tidak diadakan.

“Sepatutnya konvensyen itu perlu ditangguhkan, mereka perlu mengadakan pemilihan semula bagi empat jawatan tertinggi iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Naib Pengerusi 1 dan 2, setelah semuanya selesai barulah kita adakan konvensyen pula,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata tatacara permulaan yang betul perlu dibuat mengikut lunas perlembagaan yang sepatutnya, dan jika pergolakan itu masih berterusan, ia akan menjejaskan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Ia seperti memberi petanda yang jelas bahawa kami semua menolak pimpinan tertinggi Amanah Negeri Sembilan sedia ada,” katanya.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,578FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat