Siti Nurhaliza dinobatkan Biduanita Negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza telah dinobatkan sebagai Biduanita Negara melalui Anugerah Khas Biduan Negara (ASN) 2024 malam ini.

Beliau berkata penganugerahan ini menjadi pembakar semangat buatnya untuk terus memberikan yang terbaik dalam bidang seni supaya berada diperingkat yang lebih tinggi.

Anugerah ini jelasnya bukan sahaja kejayaan buat dirinya tetapi juga buat seluruh anak seni di Malaysia.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan melihat ini satu pengiktirafan besar dalam kerjaya seni saya. Bagi saya tak kira apa pun yang kita lakukan kita mesti ada peranan dan sumbangan dalam bidang yang kita lakukan, ini sumbangan kecil saya.

“Perjalanan saya sangat mencabar dan diiktiraf sebegini rupa dan insyallah saya akan lakukan yang terbaik membawa seni di peringkat lebih baik dan positif lebih bawa banyak sumbangan kepada negara dan agama.

“Anugerah ini sangat istimewa kerana ia adalah Anugerah Seni Negara melambangkan bukan sahaja kejayaan untuk diri saya tetapi juga untuk anak anak seni diluar sana saya mewakili mereka,” katanya dalam sidang media.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan.

Hadir sama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mencemar kasih perkenan berangkat ke Majlis Anugerah Seni Negara 2024.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat