Pelajar SPM raih kejayaan akademik, menangi kereta Axia RM40,000

- Advertisement -

SHAH ALAM: Pelajar tingkatan lima, Nur Iman Athirah Roseman, 17, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi hadiah utama berupa sebuah kereta Perodua Axia bernilai RM40,000 dalam Peraduan PTTI Better Results. Peraduan ini, yang dianjurkan oleh pusat tuisyen dan akademik terkemuka PTTI, berlangsung dari Jun hingga September 2023 dan menerima lebih 8,000 penyertaan dari seluruh Malaysia.

Namun, kejayaan Nur Iman bukan sekadar hasil daripada cabutan bertuah semata-mata. Apa yang lebih menonjol adalah pencapaiannya dalam bidang akademik. Setelah mengikuti kelas di PTTI sejak tingkatan empat, Nur Iman berjaya meningkatkan prestasi akademiknya dengan mengubah keputusan tiga mata pelajaran yang pada awalnya gagal kepada lebih baik.

“Belajar di PTTI bukan sahaja mengubah keputusan akademik saya, tetapi turut memberi motivasi untuk mencapai lebih banyak kejayaan. PTTI memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan,” ujar Nur Iman yang penuh gembira.

Peraduan PTTI Better Results bukan sahaja menawarkan hadiah berupa kereta, tetapi bertujuan untuk menggalakkan pelajar agar sentiasa berkongsi ilmu dan kejayaan bersama rakan-rakan mereka. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana, peraduan ini diadakan sebagai inisiatif untuk mengajak pelajar bersemangat dalam mencapai kejayaan akademik sambil menarik lebih ramai pelajar menyertai seminar dan kelas yang dianjurkan oleh PTTI.

 

“Objektif peraduan ini bukan sekadar memberi ganjaran, tetapi memberi manfaat kepada pelajar dengan cara mereka berkongsi pengalaman dan keputusan mereka. Ia bukan sahaja memotivasi pelajar yang terlibat tetapi juga rakan-rakan mereka untuk terus berusaha,” katanya.

Nur Iman, yang teruja menerima hadiah kereta tersebut, berkata kejayaannya mengikuti kelas di PTTI bukan sekadar memperbaiki prestasi akademik, tetapi juga memberikannya lebih keyakinan. Peraduan tersebut, yang mengkehendaki peserta mengajak seramai mungkin rakan-rakan untuk turut serta dalam seminar PTTI, turut mendorongnya untuk menjadi lebih aktif dalam berkongsi ilmu dan motivasi kepada rakan sekelasnya.

“Saya tidak menyangka akan menang kereta, tetapi yang lebih penting, saya dapat berkongsi manfaat belajar di PTTI dengan rakan-rakan saya. Ilmu yang saya perolehi daripada kelas di sini sangat membantu saya memahami subjek dengan lebih baik,” jelasnya.

Walaupun belum mempunyai lesen memandu penuh, Nur Iman tidak sabar untuk memanfaatkan hadiah tersebut sebaik mungkin. “Saya akan menggunakan kereta ini dengan bijak apabila sudah ada lesen penuh nanti. Selain itu, saya teruja untuk berkongsi kegembiraan ini dengan keluarga dan rakan-rakan,” tambahnya.

Pengumuman pemenang peraduan ini telah dibuat pada program jelajah seminar SPM PTTI peringkat negeri Selangor yang berlangsung di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam baru-baru ini, dengan kehadiran lebih 1,000 pelajar dari seluruh negara. Program ini turut menampilkan pelbagai slot motivasi dan teknik pembelajaran berkesan, yang bertujuan untuk mempersiapkan pelajar SPM menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin dan berkesan.

Dengan kejayaan Nur Iman, ia sekaligus membuktikan bahawa usaha yang gigih serta bimbingan yang betul mampu membuka lebih banyak peluang kepada pelajar SPM, tidak kira dari aspek akademik mahupun kehidupan seharian.

“Semoga kejayaan Nur Iman ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai pelajar untuk tidak berputus asa dan terus berusaha demi masa depan yang cerah,” ujar Cikgu Fana menutup perbualan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat