Mahkamah dapati kerajaan langgar perjanjian, NFC tidak salahguna wang pinjaman

- Advertisement -

CYBERJAYA – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam keputusannya berkaitan kes Kerajaan Malaysia lawan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan 10 defendan lain, mendapati bahawa Kerajaan Malaysia gagal membuktikan kes terhadap kesemua defendan.

Peguam Datuk Kiru K. Kirubakaran dan Dato’ Seri Rajan Navaratnam yang mewakili NFCorp dan defendan lain, menerusi satu kenyataan bersama berkata, mahkamah juga menyatakan bahawa tiada penyalahgunaan wang pinjaman dan tiada pelanggaran “fiduciary duties” oleh defendan-defendan.

“Mahkamah membebaskan Keluarga Salleh dan defendan-defendan dari semua pertuduhan penyelewengan.

“Mahkamah Tinggi mendapati bahawa Kerajaan Malaysia melanggar Perjanjian Pelaksanaan apabila mereka gagal membina “Export Quality Abattoir” dan melanggar Perjanjian Pinjaman apabila mereka membatalkan perjanjian tersebut secara tidak sah,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, Mahkamah Tinggi juga mendapati bahawa tidak ada kesalahan undang-undang bagi para defendan menggunakan sebahagian daripada jumlah wang pinjaman untuk melabur dalam hartanah atas nama syarikat.

“NFCorp tidak melanggar Perjanjian Pinjaman dan Perjanjian Pelaksanaan dalam hal ini. Mahkamah Tinggi memerintahkan agar aset pelaburan dipindahmilikkan kepada Kerajaan.

“Selain itu, Mahkamah Tinggi juga mendapati bahawa matlamat projek tidak tercapai kerana Kerajaan Malaysia gagal membina “Export Quality Abattoir”.

“Namun, kerana Mahkamah Tinggi mendapati bahawa matlamat projek tidak tercapai, hakim memutuskan bahawa jumlah pinjaman yang tidak digunakan sebanyak RM33 juta perlu dikembalikan oleh NFCorp kepada Kerajaan.

“Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan balas (“counterclaim”) NFCorp dan membenarkan ganti rugi nominal,” jelasnya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat