Berderau darah Zahid bila Mahathir minta bubar Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenang kembali momen ketika beliau diminta oleh Tun Dr Mahathir Mohamad supaya membubarkan Umno.

Kata Zahid berderau darah beliau apabila mendengar permintaan Dr Mahathir itu namun beliau tidak akur dan itulah sebab beliau didakwa di mahkamah.

“Dr Mahathir sengaja buat-buat tidak tahu mengenai pendakwaan terpilih. Selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH), antara langkah Dr Mahathir ialah cuba membubarkan parti Umno.

“Berderau darah saya mendengar kata-kata tersebut. Maka, apabila saya diminta agar melompat parti, meninggalkan Umno dan menyertai Bersatu maka dengan tegas saya tolak permintaan Dr Mahathir untuk bubarkan Umno.

“Saya tidak akan mengkhianati parti Umno walaupun ketika itu Umno sedang tewas ramai wakil rakyat Umno yang lompat parti, menjauhkan diri dan menganggap Umno tidak akan mampu kembali menjadi kerajaan.

“Tidak lama selepas saya tidak bersetuju UMNO dibubarkan, saya terpaksa membayar harga yang tinggi dengan pendakwarayaan terpilih dikenakan 87 tuduhan rasuah.Saya tidak pernah berganjak seinci pun mempertahankan Umno, tegas Zahid.

Jelas beliau, tujuan Dr Mahathir berbuat demikian agar semua ahli Umno akan beralih pindah ke parti Bersatu.

Malah kata Zahid, tujuan parti Bersatu ditubuhkan adalah untuk menggantikan parti Umno.

“Dalam setiap kempen Dr Mahathir, seringkali menyatakan Umno tidak lagi relevan. Pelbagai tohmahan terhadap pemimpin dan parti Umno.

“Tujuannya adalah untuk menghasut agar ahli Umno sendiri membenci parti berteraskan Melayu yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara.

“Usaha terdesak Mahathir apabila meminta saya membubarkan Umno. Mahathir ketika itu adalah Pengerusi Bersatu dan Perdana Menteri,” ujarnya.

Malah Zahid mendakwa jika beliau tunduk dengan permintaan Dr Mahathir beliau akan terlepas daripada pendakwaan mahkamah.

“Kalaulah saya akur untuk membubar Umno dan melompat parti saya tidak akan dikenakan apa-apa. Bebas daripada pendakwaan terpilih.

“Hal ini kerana terdapat beberapa ahli Parlimen yang melompat parti dan meninggalkan Umno/BN untuk menyertai Bersatu kerana takut akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun menerima wang 1MDB.
Saya pernah ketengahkan perkara ini di mahkamah sebelum ini.

“Insyaallah, saya tetap berdiri tegak mempertahankan parti Umno tanpa gentar pendakwaaan terpilih ini.

“Manusia boleh merancang tetapi perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Marilah kita berdoa kepada Allah agar kita berjaya lawan kezaliman dan penganiayaan musuh politik BN yang cuba memusnahkan Umno,” seru Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat