Google Pixel 5 Dan Pixel 4A 5G Diumumkan Dengan Skrin OLED, Cip Snapdragon 765G

- Advertisement -

Google baru sahaja mengumumkan dua telefon pintar baru iaitu Google Pixel 5 dan Pixel 4a 5G. Pixel 5 hadir dengan paparan OLED bersaiz 6-inci dengan kadar penyegaran 90Hz. Manakala Pixel 4a 5G pula dilengkapi dengan paparan OLED bersaiz 6.2 inci dengan kadar penyegaran 60Hz. Kedua-dua telefon pintar ini dikuasakan oleh Snapdragon 765G dengan 5G SA / NSA serta dilengkapi dengan cip keselamatan Titan M.

Untuk kamera belakang, kedua-dua model hadir dengan lensa utama 12.2MP, sokongan OIS bersama dengan kamera sudut lebar 16MP. Manakala untuk selfie pula dilengkapi dengan kamera 8MP di bahagian depan. Google turut bawakan beberapa ciri-ciri menarik pada kamera termasuk fungsi Cinematic Pan, fungsi Night Sight dalam Mode Potret untuk menangkap Potret walaupun dalam cahaya yang sangat rendah.

Google Pixel 5 Dan Pixel 4A 5G Malaysia

Google Pixel 5 dilengkapi dengan badan aluminium kitar semula 100%, bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas, pengecasan tanpa wayar Qi serta menyokong pengecasan terbalik. Pixel 4a 5G mempunyai reka bentuk unibody polycarbonate dengan sentuhan lembut serta bateri 3800mAh dengan pengecasan pantas.

Google Pixel 4a hadir dalam warna Hitam dan Putih serta berharga $499 (Sekitar RM2099) dan akan tersedia mulai 15 Oktober untuk pasaran Jepun. Manakala pasaran Australia, Kanada, Perancis, Jerman, Ireland, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat akan dipasarkan pada bulan November. Seperti biasa, tiada model rasmi yang akan memasuki pasaran Malaysia.

MesraMobile.com

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat