‘Tak mungkin saya arah semua remaja amal liwat’ – Adib Attamimi nafi pengurusan GISB rosak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat GISB Holding (GISBH) menyanggah segala dakwaan berhubung mengeksploitasi kanak-kanak, isu liwat, kegiatan gengster dan sebagainya.

Ketua Pegawai Penyelarasan GISBH, Adib Attamimi berkata, dakwaan tersebut disifatkan sebagai tuduhan yang mahu menjatuhkan ekonomi syarikat.

“Dalam isu liwat, tidak mungkin saya mahu mengarahkan semua remaja dan kanak-kanak untuk mengamalkan atau mempraktikkan satu kehidupan yang rosak begini.

“Saya sendiri ada lima orang anak. Fitrah saya sendiri, tidak mungkin saya mahu anak saya melakukan perkara itu. Renungkanlah… fitrah kami (pengurusan GISBH) tidak rosak walaupun pelbagai pihak berkata macam-macam perkara mengenai kami,” katanya menerusi satu hantaran video di Facebook pada Jumaat.

Terdahulu, timbul dakwaan terhadap GISBH yang dikaitkan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa, antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.

Mengulas mengenai tindakan pengurusan menyekat penggunaan telefon dalam kalangan remaja di bawah selian GISBH, Adib memberitahu, hal berkenaan dilakukan bagi membendung perbuatan yang boleh mengundang kepada kejahatan.

Menurutnya, telefon merupakan instrumen yang boleh mencetuskan perbuatan tidak bermoral seperti berzina.

“Dosa hanya di hujung jari sahaja. Tentulah kami sebagai orang bertanggungjawab, mahu menjaga dan memelihara peribadi anak-anak ini.

“Tidak mungkin kami (pengurusan GISBH) mahu membiarkan mereka (anak-anak). Sejauh mana mereka kuat untuk berhadapan dengan ujian ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia juga memaklumkan bahawa video yang tular mengenai perilaku ahli-ahli Remaja Pembela Ummah (RPU) yang didakwa terlibat dengan kegiatan gengster.

Adib berkata, rakaman berkenaan tidak seperti yang didakwa sebaliknya ia hanya emosi ketika mengendalikan masalah peribadi keluarga.

“Tiada benda yang dipersetujui atas kekerasan, kekasaran dan segala melibatkan kegiatan gangster dalam GISBH ini.

“Sebenarnya banyak lagi perkara yang sepatutnya kita ambil tahu dan bukan hanya mendengar sebelah pihak sahaja,” kata Adib.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat