KM Gagah beroperasi semula, siap siaga kekang jenayah rentas sempadan

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

LUMUT – Kapal Maritim (KM) Gagah milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kini beroperasi semula setelah menjalani Repowering Jentera Utama dan Refit selama 20 bulan di Limbungan, UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET).

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohd Rizal Hishamuddin berkata, kejayaan projek perolehan ini dijalankan oleh UniKL Resources Sdn. Bhd. untuk Maritim Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama UniKL MIMET dan Glide Marine Sdn. Bhd.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan KM Gagah yang berlangsung di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Pengarah MARA Perak, Rizal Effendi Razali; Timbalan Presiden Jaringan Antarabangsa, Industri & Institusi UniKL, Prof. Ir. Dr. Azmi Hassan; Ketua Cawangan Pengurusan Projek, Bahagian Pembangunan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Mohammad Nasir Man; Timbalan Pengarah Operasi Maritim Perak, Komander Maritim Fadzliana Fadzil, Dekan, UniKL Institute of Marine Engineering Technology, Prof. Madya Ts. Komander (B) Dr. Aminuddin Md Arof, dan Pegawai Memerintah KM Gagah, Leftenan Komander Maritim Mohd Arizan Hakimi Mohd Zin.

Mohd Rizal berkata, kejayaan ini menunjukkan keprihatinan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam memastikan aset agensi ini sentiasa dalam keadaan terbaik dan bersiap sedia menjaga keselamatan perairan negara.

“Kerja -kerja penyelenggaraan kapal ini menggunakan tenaga pakar dari UniKL MIMET dan mahir tempatan dari pemain industri selain dipantau oleh Ship Classification Malaysia (SCM) bagi memastikan kerja-kerja dilakukan mengikut piawaian antarabangsa.

“Projek ini telah membuka peluang kepada 117 orang mahasiswa UniKL MIMET untuk mempelajari dan memahami kaedah sesuatu projek bertaraf industri sebenar, dilaksanakan melalui konsep Teaching Factory.

“Selain itu, 9 orang protégé dari alumni UniKL MIMET turut terlibat bagi memberikan pendedahan kepada mereka secara langsung kepada proses dan teknologi yang digunakan dalam penyelenggaraan kapal, ”katanya.

“KM Gagah akan kembali beroperasi, dapat membantu Maritim Malaysia memperkukuhkan lagi pengoperasian agensi ini seterusnya memastikan Zon Maritim Malaysia (ZMM) khususnya di perairan Perak sentiasa berada dalam keadaan selamat dan sejahtera, ”katanya lagi.

Sementelah itu, Pengurus Besar UniKL Resources Sdn. Bhd, Anuar Berahim berkata, KM Gagah siap dibaik pulih sepenuhnya di limbungan UniKL MIMET pada 10 September lalu, telah melalui fasa Harbour Acceptance Trial (HAT) pada 23 Ogos lalu serta Sea Acceptance Trial (SAT) pada 28 Ogos lalu di Selat Melaka.

“KM Gagah berkeupayaan melakukan operasi di laut selama tujuh hari tanpa ulang bekal serta mampu mencapai kelajuan sehingga 21.7 knot dan memberikan outcome dan nilai pulangan pelaburan (ROI) kepada kerajaan melalui penguatkuasaan yang bakal dijalankan kelak.

“Mempunyai kapasiti kru seramai 27 orang, mampu mengurangkan aktiviti jenayah rentas sempadan yang berlaku di kawasan perairan negara khususnya di Selat Melaka”,ujarnya

“Selain itu, ia dilengkapi dengan sebuah bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) bersama radar i-band bagi memastikan pemantauan secara meluas dapat dilaksanakan di perairan negara,”ujarnya lagi.

Kapal peronda berukuran 39.5 meter panjang, 7 meter lebar dan seberat 221 metrik tan itu, memasuki perkhidmatan Pasukan Polis Marin selama 26 tahun sebelum diserahkan kepada Maritim Malaysia secara berperingkat mulai Jun 2005.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat