Zahid sedih Najib masuk hospital

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih dan kecewa apabila menerima perkhabaran Datuk Seri Najib Razak terpaksa dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Presiden Umno itu berdoa dengan sepenuh hati semoga Allah memberi kesembuhan kepada bekas Perdana Menteri itu dan dijauhi daripada sebarang bahaya

Zahid juga menuntut agar Najib selaku bekas Perdana Menteri mendapat hak keselamatan, kesihatan dan kemanusiaan yang sewajarnya walaupun dipenjarakan.

“Kepada seluruh ahli keluarga Najib, saya berharap mereka semua tetap tabah dan cekal.

“Insyaallah kebenaran akan terlihat apabila tiba masanya,” ucap Zahid.

Diberitakan Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah, berkemungkinan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat