PKR Cabang Kuala Selangor Khuatir MUDA Jadi Kuda Trojan, Gugat PH

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam menyifatkan kebersamaan dan keteguhan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam mendokong agenda reformasi masih belum benar-benar menyakinkan.

Malah, Thiban turut meragui penerimaan Muda bagi mengangkat Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon tunggal Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, imej Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selaku anak didik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga boleh menyebabkan penyokong PH ragu-ragu untuk meneruskan sokongan.

Menurutnya, sikap Mahathir secara jelas memusuhi Anwar dikhuatiri akan mempengaruhi pemikiran dan gaya politik Syed Saddiq, sementelah tiada sebarang kenyataan jelas beliau dalam menolak kepimpinan Mahathir.

“Kepimpinan Cabang Kuala Selangor juga khuatir jika Muda menjadi ‘kuda trojan’ pihak-pihak tertentu untuk sekali lagi mensabotaj kebangkitan rakyat yang diterajui oleh PH.

“Jelas ia satu risiko yang mampu menggugat kejayaan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang.

“Oleh itu kami menegaskan sekali lagi pendirian Cabang Kuala Selangor menolak kerjasama PH-Muda,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Isnin, mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor memutuskan dengan sebulat suara mendesak pucuk pimpinan PKR, menolak sebarang kerjasama dan penglibatan dengan Muda.

“Sikap dan pekerti para pimpinan Muda yang seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing dikhuatiri boleh menjejaskan sokongan rakyat kepada PH secara keseluruhan,” kata Thiban. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat