Kisah tragis kutip RM40j

- Advertisement -

SEBUAH kisah benar menyentuh perasaan. Justeru, tidak hairan apabila ramai jemputan hadir menyaksikan pratonton filem Sayap-Sayap Patah arahan Rudi Soedjarwo di sebuah pawagam di Jakarta pada 14 Ogos lalu mengalirkan air mata.

Ini kerana filem menampilkan lakonan Nicholas Saputra, Ariel Tatum, rapper terkenal Indonesia Iwa K, Popi Sovia, Ariyo Wahab, Edward Akbar, Dewi Irawan, Revaldo dan ramai lagi berkisarkan tragedi berdarah di lokap Mako Brimob, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan pengganas merusuh.

Dalam kejadian menggemparkan seluruh negara termasuk di peringkat antarabangsa ini, pertempuran hebat tercetus dan lima anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.

Sebaik ditayangkan di Indonesia sejak 18 Ogos lalu, filem genre drama tragis ini meraih sambutan hangat daripada lebih dua juta penonton di negara itu dengan kutipan RM40 juta.

Ada penonton menyifatkan Sayap-Sayap Patah sebagai filem genre thriller, namun kelihatan romantis dan berakhir dengan penuh tragis.

Malah, ramai tokoh terkenal memuji skripnya dan kualiti lakonan semua pelakonnya.

 

RAPPER terkenal Indonesia, Iwa K bawa watak pengganas dengan cemerlang.
RAPPER terkenal Indonesia, Iwa K bawa watak pengganas dengan cemerlang.

 

Ketua Badan Perlindungan Pekerja Migran Indonesia, Benny Rhamdani berkata, filem ini layak ditonton sesiapa saja yang menyintai Indonesia.

Penerbit AddMore Holding Berhad, Roslina Abd Majid berkata, Sayap-Sayap Patah mendapat sambutan hebat kerana keistimewaannya yang menggabungkan jalan cerita penuh dramatik bersama gandingan bintang ternama di Indonesia.

“Kami sebagai pihak yang akan mengedarkan Sayap-Sayap Patah di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam terharu dengan sambutan hebat penonton Indonesia terhadap filem ini.

“Malah, sekumpulan media Malaysia diundang menonton Sayap- Sayap Patah di Jakarta pada 14 Ogos lalu mengakui filem ini karya terbaik dan cukup mengesankan.

 

ROSLINA (kiri) bersama Nicholas dan Ariel ketika Tayangan Gala Sayap-Sayap Patah.
ROSLINA (kiri) bersama Nicholas dan Ariel ketika Tayangan Gala Sayap-Sayap Patah.

 

“Mengikut perancangan, AddMore Holding akan menganjurkan tayangan gala Sayap-Sayap Patah di Kuala Lumpur pertengahan Oktober depan diikuti dengan tayangan umum di Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam,” katanya.

Dalam filem ini, Nicholas yang digilap bakat oleh Rudi Soedjarwo menerusi filem Ada Apa Dengan Cinta (AADC) 20 tahun lalu, melakonkan watak Adji, seorang anggota Densus 88 yang juga suami Nani (Ariel Tatum).

Filem lain arahan Rudi termasuk 9 Naga, Tentang Dia, Mengejar Matahari, 40 Hari Bangkitnya Pocong dan Mendadak Dangdut.

Sayap-Sayap Patah diterbitkan aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K.

Lagu Ku Tunggu Senyummu dendangan Ipang Lazuardi dipilih menjadi OST filem blockbuster ini. Ramai memuji skor muzik serta kesan bunyi untuk filem ini yang banyak membantu babak sedih, ceria dan mendebarkan.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat