Aidit bangkit selepas ‘sendu’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Catatan perjalanan kerjaya pelakon kacak, Aidit Noh selama tujuh tahun bergelar anak seni bukanlah mudah seperti bintang lain.

Tak ubah seperti ‘roller coaster’, ada masa di atas, ada ketika di bawah, namun Aidit atau nama sebenarnya, Ahmad Aidit Noh tidak pernah berputus asa berjuang.

Aidit berkata, dia pernah rasa dipinggirkan dalam dunia lakonan selepas berehat agak lama untuk memberi tumpuan kepada pelajaran dan perniagaan.

“Saya memang memperlahankan rentak berlakon kerana memberikan tumpuan kepada cabang kerjaya lain, sejak beberapa tahun lalu.

“Ini termasuklah tumpuan melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat. Bagaimanapun, saya tamat pengajian itu pada 2018.

“Ada produser fikir saya sudah bersara selepas wajah jarang muncul di kaca televisyen (TV). Kemudiannya, pandemik COVID-19 menyerang seluruh dunia dan industri kreatif sendiri lumpuh.

“Apabila aktif semula berlakon, saya dibayar dengan harga rendah. Umpamanya, saya kembali sebagai pelakon baharu semula. Saya sedar perlu bersaing sengit dengan bakat baharu,” katanya kepada BH Online.

 

Aidit bakal bergelar bapa apabila isterinya, Nur Atiqah Hanani kini sarat hamil tujuh bulan. - Foto IG Aidit Noh
Aidit bakal bergelar bapa apabila isterinya, Nur Atiqah Hanani kini sarat hamil tujuh bulan. – Foto IG Aidit Noh

 

Aidit yang kembali meledak menerusi drama Dendam Seorang Isteri arahan Nizam Zakaria dan Uchee Fukada bagaimanapun menafikan berkongsi cerita dibayar dengan harga rendah untuk meraih simpati.

“Saya berkongsi cerita sekadar mengimbas semula perjalanan seni. Saya umpama masih bertatih dan belajar.

“Cuma, apabila dibayar dengan harga rendah cukup mengecewakan. Sedangkan, saya bermula dari bawah sehingga diberikan watak hero sepanjang tempoh tujuh tahun berlakon,” katanya.

Namun, Aidit berkata, dia tidak berputus asa, malah Aidit bangkit membuktikan bakat dimiliki bukan sekadar penyendal.

 

Drama Dendam Seorang Isteri bagaikan membuka jalan untuk Aidit terus berjuang dan meneruskan survival kerjaya seninya.
Drama Dendam Seorang Isteri bagaikan membuka jalan untuk Aidit terus berjuang dan meneruskan survival kerjaya seninya.

 

Malah, katanya, drama Dendam Seorang Isteri bagaikan membuka jalan untuknya terus berjuang dan meneruskan survival kerjaya seninya.

“Saya kembali menyusun strategi, memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada.

“Saya harus berterima kasih kepada produksi Radius One dan rakan pelakon seperti Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja dan ramai lagi yang menyuntik semangat untuk tidak mengalah,” katanya.

Mengintai sisi peribadi, isterinya, Nur Atiqah Hanani sarat hamil tujuh bulan.

“Jika tiada aral melintang, isteri akan melahirkan anak sulung pada November depan.

“Isteri sudah memahami rentak kerjaya saya. Kami meletakkan persefahaman dan toleransi sebagai nadi dalam rumah tangga,” katanya mendirikan rumah tangga pada 29 Mei, tahun lalu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat