Agensi KPLB Siap Sedia Hadapi Musim Monsun – Menteri

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Semua agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sudah bersiap sedia bagi menghadapi fasa peralihan Monsun yang akan bermula pertengahan September sehingga November ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, KPLB telah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) kepada semua agensi berkaitan sebagai langkah awal memastikan persediaan berjalan lancar.

“Datuk KSU (Ketua Setiausaha) Ramlan Harun pagi tadi telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) yang dipengerusikan Perdana Menteri, jadi kita dah bersedia dengan pelbagai persiapan rapi.”

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Negeri Selangor di sini hari ini.

Jelas Mahdzir, semua agensi di bawah KPLB telah ada pengalaman dalam pengurusan bencana banjir sebelum ini.

“Kita bersedia ke arah itu (banjir) kalau nak ada perahu, berapa perahu, kalau nak ada makanan nak cari kedai mana nak sediakan makanan. Jangan dah banjir baru hendak cari, baru nak sign kontrak, baru beli beras dan sebagainya, kedai mana semua dah sedia.”

Antara agensi KPLB yang terlibat menguruskan bencana banjir sebelum ini termasuklah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA), Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kelantan Selatan (KESEDAR).

Musim Monsun Timur Laut dijangka bermula pada November ini hingga Mac 2023.

Menteri Pembangunan Luar Bandar KPLB Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampai watikah pelantikan kepada 212 Pengerusi JPKKP Negeri Selangor bagi sesi lantikan 2022 2023 Majlis turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar dan Ketua Setiausaha KPLB Datuk Ramlan Harun

Sementara itu pada majlis yang sama, Mahdzir menyampai watikah pelantikan kepada 212 Pengerusi JPKKP Negeri Selangor bagi sesi lantikan 2022-2023.

Majlis turut dihadiri, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat