PDRM Beri Jaminan Tahap Keselamatan Negara Terkawal

- Advertisement -

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman awam negara adalah dalam keadaan terkawal dan setakat ini tidak mengesan serta menerima sebarang maklumat mengenai apa-apa bentuk ancaman keselamatan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum laporan berita bahawa Kedutaan Jepun di Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka mengenai kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara di asia tenggara.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana PDRM akan memastikan keselamatan negara kekal berada pada tahap selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkatkan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, PDRM akan sentiasa memantau senario keselamatan semasa dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang cuba mengganggu gugat ketentertaman awam dan keharmonian negara. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat