Liverpool Benamkan Leeds Dalam Aksi Hambar

- Advertisement -

SETELAH 48 hari kempen musim lepas berakhir, aksi Liga Perdana Inggeris kembali bersambung dengan Liverpool berjaya membenamkan Leeds 4-3.

Mohamed Salah menyelamatkan Liverpool daripada aksi pembukaan yang hambar menerusi hatriknya.

Liverpool mempamer corak permainan terbuka sehingga membolehkan Leeds meledak tiga gol.

Salah menyempurnakan sepakan penalti minit ke-4 akibat tendangannya sebelum itu terkena tangan Robin Koch.

Namun Leeds menyamakan kedudukan minit ke-12 menerusi gerakan cantik Jack Harrison tetapi Virgil van Dijk kembali meletakkan Liverpool di depan lapan minit kemudian selepas menanduk masuk bola berpunca sepakan penjuru Andy Robertson.

Leeds menyamakan kedudukan sekali lagi minit ke-30 sumbangan Patrick Bamford namun Salah berjaya menambah gol tiga minit kemudian menerusi rembatan deras.

Leeds menyamakan kedudukan buat kali ketiga hasil gol Mateusz minit ke-66 sebelum Salah mengesahkan kemenangan Liverpool dengan gol keempat sekali gus hatrik untuknya minit ke-88.

“Leeds sangat istimewa dan mereka membuktikannya pada perlawanan hari ini,” kata Klopp yang memuji barisan pemain Bielsa.

“Cara mereka beraksi, bertahan dan melakukan cabaran sangat bagus dan ia konsisten sepanjang perlawanan.

“Saya juga berpuas hati dengan prestasi pasukan. Kami boleh memperbaikinya lagi pada masa akan datang,” katanya.

author avatar
Muhammad Arafat
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat