Sambutan Hari Asean ke 58, baru-baru ini di Kuala Lumpur tanah air tercinta, jelas menunjukkan platform itu semakin penting untuk negara-negara anggotanya membawa manfaat kerjasama yang dipegang erat sejak ia ditubuhkan.
Malaysia melalui Menterinya Datuk Seri Utama Muhamad Hasan dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkerja keras untuk memastikan kedamaian dirantau ini dan kemakmurannya dinikmati generasi seterusnya oleh semua negara anggota.
Dekad ini, Malaysia dilihat sebagai sebuah negara yang berjaya ditadbir urus dengan baik walaupun melalui demografi politik dan tekanan ekonominya yang mencabar. Sebagai sebuah negara yang dihormati rakan-rakan ASEAN-nya, pandangan pemimpin-pemimpin tertingginya sering diterima dalam menyelesaikan pelbagai isu yang timbul sejak ASEAN ditubuhkan 8 Ogos 1967.
Malaysia antara 5 negara pengasas ASEAN bersama Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura, setelah menandatangani Deklarasi Bangkok di Thailand pada 1967.
Sejak penubuhannya juga, ASEAN berkembang menjadi sebuah organisasi serantau yang penting, memajukan negara anggota dengan mempercepatkan pertumbuhan ekonomi serantau dan memelihara keamanan, kestabilan serantau serta memperkukuhkan kerjasama negara anggota.
Setelah tujuan penubuhannya banyak memberi manfaat negara anggota, beberapa negara lain mula menyertai ASEAN seperti Brunei pada 1984, Vietnam 1995, manakala Laos dan Myanmar pula menyusul pada 1997. Kemboja 1999 menjadikan jumlah keseluruhannya kepada 10 negara anggota.
Keberkesanan kerjasama yang hebat ini turut menarik minat negara lain menjadi ASEAN +3. China, Jepun dan Korea Selatan.
2015, ASEAN bergerak lebih efisyen dengan tiga tunggak utama ; Komuniti Politik-Keselamatan, Komuniti Ekonomi dan Komuniti Sosio-Budaya. Pertubuhan ini juga telah mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA ) untuk meningkatkan perdagangan intra-ASEAN.
Sehubungan itu, pertubuhan ini juga telah memperluaskan hubungan dengan negara luar melalui forum seperti ASEAN +3 ( China, Jepun dan Korea Selatan ) dan Persidangan Asia Timur ( East Asia Summit ).
Secara keseluruhannya, pertubuhan ini telah memainkan peranan penting dalam menggalakkan kestabilan, pertumbuhan ekonomi dan kerjasama serantau di Asia Tenggara sejak penubuhannya lebih 51 tahun yang lalu.
Bergerak seiring di-dalam organisasinya negara ASEAN menyesuaikan diri dengan cabaran-cabaran baharu, sambil mengekalkan prinsip-prinsip asasnya dan berusaha untuk mencapai matlamat-matlamat asal penubuhannya.
Malaysia telah mempengerusikan Persidangan ASEAN sebanyak 5 kali. Bermula 1977, 1997, 2005, 2015 dan tahun ini 2025.
Kini, Malaysia yang sedang mempengerusikan Persidangan Asean sekali lagi, bulan Ogos Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan ASEAN dan Seminar Pekerjaan Antarabangsa NIOSH 2025.
Menjadi kebiasaan setiap kali Sidang Kemuncak berjalan baik di-peringkat pegawai kanan, Menteri hingga Ketua Kerajaan ini menghasilkan satu keputusan bersama yang membuahkan hasil dengan negara anggota dan rakan dagang lain. Sama ada peringkat dasar mahupun pelaksanaan teknikal atau sistem yang lebih komprihensif atau bersepadu dengan negara anggota atau pengeluaran untuk import-eksport serantau.
Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, dijangka menyaksikan peningkatan perdagangan, pelaburan, dan pelancongan, serta peluang untuk pertumbuhan sosio-ekonomi melalui pelbagai acara dan inisiatif berkaitan ASEAN.
MANFAAT ASEAN KEPADA NEGARA
1. Manfaat Ekonomi
Peningkatan Perdagangan dan Pelaburan
Perjanjian perdagangan bebas ASEAN, khususnya dengan negara seperti China, Jepun, dan Korea Selatan, telah membuka pasaran baharu untuk barangan dan perkhidmatan Malaysia, meningkatkan eksport.
Kerjasama Ekonomi yang Dipertingkatkan
Rangka kerja ASEAN seperti Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) memudahkan inisiatif pembangunan ekonomi dan integrasi serantau, yang membawa kepada lebih banyak peluang untuk Malaysia.
Pelaburan Langsung Asing
Malaysia mendapat manfaat daripada peningkatan pelaburan langsung asing berikutan penyertaannya dalam ASEAN, serta potensi untuk menarik pelaburan melalui inisiatif seperti Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN (DEFA).
Rantaian Bekalan Serantau
Pasaran bersepadu dan rantaian bekalan ASEAN menawarkan perniagaan Malaysia akses kepada sumber dan pasaran, yang membawa kepada peningkatan kecekapan dan daya saing.
Rangsangan Pelancongan
Kemasukan pelawat untuk mesyuarat dan acara ASEAN, termasuk yang berkaitan dengan pengerusi, akan merangsang industri perhotelan dan pelancongan.
Peluang Pekerjaan
Peningkatan perdagangan dan pelaburan, bersama-sama dengan inisiatif seperti Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital ASEAN, dijangka mewujudkan peluang pekerjaan baharu di Malaysia.
Pembangunan Luar Bandar
Malaysia memberi tumpuan kepada memperkasakan komuniti luar bandar melalui ASEAN, termasuk inisiatif dalam keusahawanan luar bandar, teknologi dan pembangunan modal insan.
Pertumbuhan Industri Halal
Populasi Islam yang besar di ASEAN membentangkan pasaran yang signifikan untuk industri halal Malaysia, dengan potensi untuk meningkatkan perdagangan dan kerjasama dengan negara-negara ASEAN yang lain dan seterusnya.
2. Manfaat Sosial dan Budaya
Peningkatan Pertukaran Kemahiran Insaniah
Acara dan inisiatif ASEAN direka untuk melibatkan komuniti tempatan, memupuk rasa pemilikan dan menggalakkan pemahaman tentang peranan ASEAN dalam kehidupan Malaysia.
Pertukaran Budaya
ASEAN menggalakkan pertukaran budaya dan persefahaman di kalangan negara anggota, memperkayakan landskap budaya Malaysia.
Identiti Serantau Diperkukuh
Usaha kerjasama ASEAN menyumbang kepada rasa identiti dan kerjasama serantau, yang boleh memupuk ASEAN yang lebih inklusif dan mampan.
3. Manfaat Lain Kepada Negara
Kerjasama Politik dan Keselamatan
Walaupun sering kurang difahami, ASEAN juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kestabilan dan keselamatan serantau.
Akses ke Pasaran yang Lebih Besar
Keahlian dalam ASEAN memberikan Malaysia akses kepada pasaran yang lebih besar dan rantaian bekalan serantau, menjadikannya lebih mudah untuk berdagang dengan negara anggota lain.
Kemudahan Perjalanan
Hubungan atau Jalinan ASEAN ini dan inisiatif lain memudahkan perjalanan dan pelancongan di rantau ini.
ASEAN juga memainkan peranan penting dalam memberi manfaat kepada penduduk luar bandar di seluruh Asia Tenggara dengan menggalakkan pembangunan luar bandar, pembasmian kemiskinan, dan pertumbuhan inklusif.
Ini dicapai melalui pelbagai inisiatif yang tertumpu kepada pemerkasaan ekonomi, akses kepada sumber, dan pengukuhan masyarakat luar bandar.
MANFAAT ASEAN KEPADA KOMUNITI LUAR BANDAR
1. Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan
Pelan Tindakan Rangka Kerja ASEAN
ASEAN mempunyai rangka kerja komprehensif yang merangkumi strategi pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan, bertujuan untuk mengurangkan jurang sosio-ekonomi.
Rangkaian Kampung ASEAN ( AVN )
AVN memupuk kerjasama dan perkongsian pengetahuan di kalangan masyarakat luar bandar, mempromosikan amalan terbaik dalam pembangunan mampan.
Peluang Ekonomi
ASEAN berusaha untuk mewujudkan peluang ekonomi baharu di kawasan luar bandar dengan menyokong produk tempatan, memudahkan akses pasaran, dan menggalakkan perdagangan dan pelaburan.
Pertumbuhan Inklusif
ASEAN bermatlamat untuk memastikan pertumbuhan ekonomi memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, termasuk mereka di kawasan luar bandar, melalui inisiatif seperti Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) 2025, yang memfokuskan kepada integrasi ekonomi dan aliran bebas barangan, perkhidmatan dan pelaburan.
2. Memperkasa Komuniti Luar Bandar
Pembinaan Kapasiti
ASEAN menyediakan latihan dan sumber untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan penduduk luar bandar, khususnya wanita, untuk mengambil bahagian secara lebih berkesan dalam ekonomi dan pembangunan masyarakat.
Akses kepada Teknologi dan Inovasi
ASEAN menggalakkan pendigitalan, hab inovasi dan keusahawanan teknologi untuk memastikan kawasan luar bandar mendapat manfaat daripada kemajuan teknologi.
Pembangunan Infrastruktur
ASEAN mengiktiraf kepentingan infrastruktur luar bandar yang dinaik taraf untuk memperbaiki keadaan hidup dan ketersambungan.
Perlindungan Sosial
ASEAN berusaha untuk memastikan perlindungan sosial dan mengurangkan kemiskinan kronik di kawasan luar bandar, menyediakan jaringan keselamatan untuk penduduk yang terdedah.
3. Inisiatif Khusus
Pelan Tindakan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN 2025
Pelan tindakan ini membimbing usaha ASEAN untuk meningkatkan kualiti hidup rakyatnya melalui inisiatif yang berorientasikan rakyat, mesra alam dan menggalakkan pembangunan mampan.
Platform pelbagai sektor dan pelbagai pihak berkepentingan
ASEAN menggunakan platform yang menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk agensi kerajaan, sektor swasta, dan organisasi masyarakat sivil, untuk menggalakkan pertumbuhan inklusif dan berkongsi kemakmuran.
Menangani Kemiskinan Luar Bandar
ASEAN mengiktiraf bahawa kemiskinan luar bandar kekal sebagai cabaran penting dan sedang giat berusaha untuk menanganinya melalui program dan dasar yang disasarkan.
Pada dasarnya, usaha ASEAN dalam pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan menyumbang kepada Asia Tenggara yang lebih inklusif dan makmur, di mana masyarakat luar bandar boleh berkembang maju dan berkongsi kemajuan ekonomi rantau ini.
SOKONGAN
Masyarakat luar bandar perlu menyokong ASEAN kerana ia berpotensi untuk memacu pertumbuhan ekonomi serantau, terutamanya dalam sektor seperti agroteknologi, ekonomi digital, dan sektor halal.
Malaysia melihat jawatan Pengerusi ASEAN sebagai peluang untuk memperkukuh kerjasama dalam sektor halal dan memanfaatkan pasaran global yang besar.
Sokongan masyarakat luar bandar boleh dicapai melalui penyaluran dana kepada syarikat teknologi luar bandar, pembangunan modal insan, dan kerjasama dalam sektor halal.
Sokongan masyarakat luar bandar penting untuk memastikan ASEAN 2025 membawa impak nyata kepada rakyat, bukan sekadar mesyuarat dan deklarasi.
Tambahan pula pemimpin tertinggi dan kanan kita, Menteri Luar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan antara yang komited dengan peranannya yang cukup efisyen sebagai penghubung kerjasama mesra dan toleransi dalam menangani isu serantau dan antarabangsa.
Perkembangan semasa yang dilihat dunia semakin mencabar dengan peperangan dan pergolakan di beberapa negara, Malaysia masih teguh bersuara lantang menentang kezaliman Israel di Gaza dan membantah tindakan Israel berperang dengan Iran.
Apapun sokongan dan peranan utama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Utama Mohamad Hasan dalam usaha menjadi ‘pihak tengah’ atau pimpinan pendamai baru-baru ini membuahkan hasil apabila Kemboja dan Thailand telah bersetuju melakukan gencatan senjata dan lebih bersejarah lagi persetujuan itu dicapai di negara kita, Malaysia.
Bangladesh melalui wakil Ketua Negaranya, Muhammad Yunus baru-baru ini juga yakin, isu Rohingya juga dapat diselesaikan jika Malaysia menjadi orang tengah memulakan mencari penyelesaian isu yang telah berpanjangan itu. Bangladesh juga antara negara yang menghadapi masalah kebanjiran pelarian Rohingya, sama seperti Malaysia.
Sehubungan itu, kebijaksanaan dan kematangan cara Malaysia terbukti bukan sahaja diiktiraf negara serantau tetapi juga negara luar dan ASEAN platform dinamik untuk Malaysia menjaga kemakmuran serantau yang mana memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Malaysia sendiri.



