Orang kalah tidak boleh jatuhkan saya – Tun Mahathir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyindir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa orang kalah tidak boleh menjatuhkannya .

“Saya tidak boleh dijatuh oleh Zahid atau UMNOnya. Parti yang kalah tidak berhak (boleh) jatuh(kan) parti yang menang,” tulis Dr Mahathir akaun media sosialnya.

Beberapa hari lalu Ahmad Zahid mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Dr Mahathirsebagai Perdana Menteri ketika itu dalam usaha menyelamatkan tindakan pengharaman parti tersebut.

“Maka dalam keadaan itu, di Jelai, di Sungai Koyan di sini, saya mesti menyatakan, mengakui adalah dalang utama yang menjatuhkan Tun Dr Mahathir ketika itu, demi UMNO mana mungkin diharamkan, dihina dan dijatuhkan dengan pelbagai fitnah,” ucap Ahmad Zahid ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cameron Highlands .

Menurut Dr Mahathir perletakan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah kerana pandangan beliau tidak lagi diikuti oleh partinya ketika itu – Bersatu.

“sebab yang saya letak jawatan ialah apabila kemudian parti saya, Bersatu, menolak nasihat saya. Pada kebiasaannya apabila seorang pemimpin tidak lagi diberi kepercayaan oleh pengikutnya dia, secara terhormat sepatutnya letak jawatan. Dan itulah yang saya lakukan,” tulis Dr Mahathir lagi.

Mahathir turut menafikan dakwaan Zahid bahawa dia telah cuba untuk mengharamkan Umno, sebaliknya mengingatkan bagaimana parti itu mengalami kekalahan pilihan raya yang paling buruk dan buat kali pertama tersingkir dari Putrajaya.

“Zahid tidak perlu mendabik dada sebagai hero yang menjatuh saya dan menyelamat Umno.

“Zahid bukan hero. Dia hanya seorang yang menghadapi tuduhan dalam mahkamah dan sanggup bekerjasama dengan musuh ketat Umno, iaitu DAP, supaya jadi timbalan perdana menteri demi menyelamatkan dirinya daripada dibicara berkenaan kesalahannya,” kata Mahathir merujuk ucapan Zahid ketika mesyuarat bahagian Umno Cameron Highlands baru-baru ini.

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak mengarahkan pengharaman atau pembubaran namun  hanya menasihati Ahmad Zahid supaya membubarkan UMNO kerana telah menyimpang dari perjuangan asalnya.

“Oleh kerana perjuangan tidak sama dengan perjuangan asal Umno, hak untuk dikenali sebagai parti Umno sudah hilang. Oleh itu adalah lebih baik bagi nama Umno tidak diguna dengan cara membubar parti yang mengguna nama Umno. Zahid tidak bersetuju dan tidak membubar partinya yang mengguna Umno,” tulis Dr Mahathir.

Dr Mahathir turut mendedahkan Ahmad Zahid dua kali bertemunya bagi membincangkan isu UMNO dan juga isu kes rasuahnya.

“Selepas berjumpa Zahid kali kedua, beliau cuba jelaskan yang dia tidak bersalah dalam tuduhan rasuah yang disebar umum. Saya jelaskan saya tidak berkuasa membebaskan beliau,” katanya lagi. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat