“Thanks but no thanks”, kata Najib kepada NGO mohon pengampunan Diraja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin dirinya tidak bersalah dan menolak sekiranya diberi pengampunan Diraja.

“Saya mahu kes-kes saya melalui proses perbicaraan dan perundangan yang adil dan telus sebab ianya satu-satu cara sahaja untuk bersihkan nama saya sepenuhnya.

“Saya tidak mahu kes saya digugurkan begitu sahaja dan saya tidak mahu apa-apa campur tangan politik.

“Saya amat yakin saya tidak bersalah,” kata Najib di Facebooknya pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata demikian susulan Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon pengampunan Diraja diberikan kepadanya sekali gus melantik beliau sebagai Perdana Menteri interim.

Sebaliknya kata Najib “sebab itu apa perlunya saya diampun sekiranya saya tak salah?

“Berani kerana benar,” tegas beliau.

“Saya berterima kasih pada NGO ini sebab mengambil berat pada saya tetapi saya tak pernah berhubung dengan mereka dan tidak diberitahu tentang petisyen mereka kepada Istana Negara pagi tadi,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat