Selepas menghadap Sultan Johor, TPM jumpa Menteri Besar Johor

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Selepas menghadap Sultan Johor, Timbalan Perdana Menteri mengunjungi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad.

Memetik Berita Harian, kenderaan membawa Ismail Sabri dilihat memasuki kawasan kediaman rasmi Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad di Saujana, Johor Bahru, kira-kira jam 2.15 petang tadi.

Difahamkan, pertemuan di antara Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor itu akan turut dihadiri beberapa pimpinan UMNO negeri, dipercayai bagi membincangkan isu semasa politik negara.

Terdahulu pada sebelah pagi, Timbalan Perdana Menteri menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Pasir Pelangi. Beliau tiba di istana kira-kira jam 10.45 pagi dan pertemuan bersama Sultan Ibrahim berlangsung selama lebih sejam.

Semalam, Hasni dilaporkan berkata, beliau akan membuat penjelasan mengenai keabsahan kerajaan negeri dalam ucapan penggulungan pada hari terakhir sidang Dewan Undangan (DUN) Johor, kali ini.

Hasni berkata, penjelasan dan pendirian UMNO Johor berhubung sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dijelaskan pada sesi penggulungan itu nanti.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat