Tak puas hati dengan Zahid, pemberontak Umno mungkin tolak Bajet 2024 : laporan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Beberapa Ahli Parlimen mungkin mengundi menolak Bajet 2024 Oktober ini, jika Perikatan Nasional (PN) menang besar dalam PRN bulan depan, kata seorang pemimpin Umno Johor yang enggan dinamakan.

“Jika mereka menang empat atau lima negeri, maka ya, anda mungkin lihat Ahli Parlimen kerajaan undi menentang bajet.

“Sekurang-kurangnya 12 Ahli Parlimen mungkin memberontak, termasuk seorang menteri daripada kerajaan terdahulu,” kata sumber itu sambil menambah “pemberontak” itu daripada Umno dan sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Lapor FMT, beliau berkata, punca utama di sebalik tindakan itu ialah rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ramai dalam parti tidak menyokongnya. Justeru, anda akan lihat sejumlah besar ahli Umno tidak mengundi dalam PRN,” katanya.

Sumber itu berkata, Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak mungkin menyertai parti pembangkang, jika ditawarkan jawatan menteri.

“PN berhasrat menubuhkan kerajaan, jadi mereka akan beri sebanyak mungkin jawatan menteri bagi memenuhi keperluan Ahli Parlimen ini.

Ketika ini, kerajaan perpaduan menguasai 148 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, bermakna Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih mempunyai sokongan mencukupi untuk Bajet 2024, walaupun jika 12 Ahli Parlimen meninggalkan blok kerajaan.

Satu lagi sumber daripada Umno, yang dikenali memihak kepada Zahid, berkata situasi itu membimbangkan.

“Ya, kita menyedari langkah ini, oleh itu kita perlu memastikan setiap Ahli Parlimen datang dan mengundi untuk parti. Kemungkinan undi menentang bajet akan diketahui apabila kita lihat keputusan PRN, khasnya di Selangor.

“Jika Selangor tumbang, maka ya kita akan bimbang kerana ia petunjuk PN mendapat sokongan rakyat,” kata pemimpin Umno dari Negeri Sembilan itu.

Sementara itu, sumber daripada Warisan berkata, sebilangan ahlinya tidak puas hati dengan kepimpinan parti yang memutuskan tidak bertanding dalam PRN.

“Sekumpulan kecil ahli mahu parti bertanding, tetapi kepimpinan Semenanjung menyokong keputusan Presiden Shafie Apdal dan Majlis Tertinggi tidak menyertai PRN,” kata sumber berpangkalan di Semenanjung itu.

Menurutnya, ahli tidak puas hati itu, khasnya berpangkalan di Sabah, merasakan Warisan patut memberi impak di Semenanjung.

“Mereka merasakan parti tidak patut bersetuju dengan semua kehendak Anwar, tetapi perlu membuat pendirian,” lapor portal itu lagi.

Di Sarawak, seorang pemimpin GPS berkata, kebanyakan Ahli Parlimen parti itu mungkin menerima keputusan presidennya, walaupun “ada tiga atau empat orang mungkin menentangnya” dan khabar angin Ahli Parlimen menunjukkan sokongan kepada PN bukan perkara baharu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat