Suffian Suhaimi Kini kembali dengan single belada terbaru menerusi single “Menggenggam Bahagia” hasil ciptaan bersama Trio Sirkan, Ibnu Rinkarnaen dan Sang Hitam.
Menyelusuri langkah kerjaya anak seni bernama Sufian Suhaimi yang mula dikenali selepas debut dengan single ‘Terakhir’ pada tahun 2016 sememangnya menjadi tumpuan peminat muzik tanahair pada setiap kemunculannya.
Taruhan terbaru menerusi single ‘Menggenggam Bahagia’ ini merupakan buah tangan berentak balada selepas sukses dengan single pop sebelum ini menerusi Budi pada awal tahun 2023 ini bersama duo Kmy Kmo dan Luca Sickta.
Karya terbaru ini sekaligus mengembalikan semula kegemilangan karya dari Sufian yang sinonim dengan single melankolik menerusi singlenya terdahulu seperti ‘Di Matamu’, ‘Terasa Ada’ dan ‘Terakhir.
Muzik Video arahan pengarah Akmal Hakeem Harris ini turut menampilkan Juara Dewi Remaja 2022, Tracie Sinidol yang memegang peranan bersama sebagai aktres dalam Muzik Video ini.
Single ini boleh didengarkan juga di semua saluran penstriman muzik dan muzik videonya pula boleh ditonton di saluran You Tube RUSA Music. Dapatkan info terkini
# MenggengamBahagia untuk menge tahui perkembangan lanjut bagi single ini.