Ali Baba Diterjemahkan PN Jadi Skandal Jana Wibawa – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Masalah Ali Baba atau rent-seeking dalam ekonomi berpunca daripada rasuah dan ketirisan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan, aktiviti Ali Baba merosakkan ekonomi apabila orang yang tidak layak ambil hak daripada orang yang berhak.

“Pandangan Perikatan Nasional (PN) pasal Ali Baba ni diterjemahkan menjadi skandal Jana Wibawa, kutip percent (peratus) sana sini,” bidas Timbalan Presiden PKR itu dalam hantaran di Facebooknya, semalam.

Kata Rafizi, terjemahan Kerajaan Perpaduan sangat berlainan berbanding PN.

“Kita perkenal undang-undang untuk haramkan amalan Ali Baba. Ini penyelesaian kepada salah satu ketempangan utama ekonomi negara.

“PN konon perjuang Melayu dalam ekonomi. Labanya kepada Melayu dan bukan Melayu elit yang kutip komisen dari projek-projek rakyat,” tegas Rafizi.

Menurut beliau, kerajaan memperjuangan Melayu dalam ekonomi.

“Kami perjuangkan Melayu dalam ekonomi.

“Supaya Melayu yang berhak dapat peluang dan bantuan tanpa perlu bayar komisen. Siapa lagi best? soalnya sinis.

Berkongsi lanjut, Rafizi memaklumkan aktiviti malam beliau telah bertukar kepada ceramah setiap malam.

“Aktiviti malam saya telah bertukar kepada ceramah tiap-tiap malam. Pakai baju hitam tiap-tiap malam ni sebab dah makin gemuk (bukan sebab masuk MUDA). Secara optik, pakai baju hitam tak nampak gemuk sangat.

“Ada baiknya berceramah tiap-tiap malam walaupun setiap hari padat dengan tugasan Kementerian. Ia beri peluang kepada saya untuk terangkan kepada rakyat dasar kerajaan dan menjawab serangan-serangan pembangkang.

“Contohnya serangan PN kononnya ekonomi negara tiada hala tuju dan telah hancur. Yang harga barang naik mendadak dalam tempoh 4 bulan – PN. Ringgit zaman 33 bulan PN jadi kerajaan lebih lemah dari keadaan sekarang. Hutang negara naik mendadak pun zaman PN.

“Tapi mereka kata ekonomi hancur bila PN tidak berkuasa, sedangkan semasa mereka berkuasa tiada hala tuju atau penyelesaian kepada ketempangan ekonomi negara,” tempelak Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan itu lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat