Saham Boeing junam hampir 5 peratus impak nahas Air India

- Advertisement -

ISTANBUL – Saham syarikat pengeluar pesawat Boeing menjunam hampir 5 peratus.

Kejatuhan itu susulan nahas melibatkan pesawat Air India 787-8 Dreamliner, insiden pertama membabitkan model pesawat itu, lapor Anadolu Ajansi.

Pesawat Air India penerbangan AI171 yang membawa 242 orang penumpang dan kru terhempas di sebuah kolej perubatan sejurus selepas berlepas dari bandar Ahmedabad di Gujarat, barat India.

Penumpang pesawat terdiri daripada 169 warga India, 53 warga Britain, tujuh warga Portugal dan seorang dari Kanada.

Kru penerbangan termasuk dua juruterbang dan 10 anak kapal, lapor Bernama-Anadolu pada Jumaat.

Setakat 16:15 EDT, harga saham Boeing di New York dicatatkan pada AS$203.75.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat