MCMC akan lebih tegas tangani penyebaran kandungan berbahaya media sosial

- Advertisement -

CYBERJAYA, –Multimedia Malaysia (MCMC) memperhebatkan usaha untuk menangani penyebaran kandungan berbahaya termasuk maklumat palsu, kandungan jelik melampau dan ancaman dalam talian, khususnya di platform media sosial.

Menurut kenyataan MCMC hari ini, beberapa saluran dalam talian telah dikenal pasti secara aktif menyebarkan kandungan yang mengelirukan dan boleh menjejaskan kepercayaan awam terhadap institusi kerajaan serta menggugat ketenteraman awam.

Walaupun beberapa sesi rundingan telah diadakan dengan pihak penyedia platform media sosial, tahap pematuhan mereka masih kurang memuaskan. Justeru, MCMC menegaskan bahawa tindakan lebih tegas termasuk penguatkuasaan undang-undang akan dikenakan terhadap penyedia platform yang gagal mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

“Kami komited memastikan ekosistem digital negara kekal selamat, berintegriti dan selari dengan kerangka perundangan sedia ada,” tegas MCMC dalam kenyataan tersebut.

MCMC turut menggesa semua pihak, khususnya penyedia platform media sosial, untuk mengambil tanggungjawab secara serius dalam melindungi pengguna daripada kandungan yang berbahaya. Usaha ini adalah penting bagi mewujudkan ruang internet yang selamat, beretika, serta memberi manfaat kepada seluruh rakyat Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat