Malaysia tetap hantar wakil ke persidangan PBB tak hirau gesaan Trump

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, mana-mana negara berhak untuk hadir bagi menyatakan pandangan masing-masing di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.

Kata Perdana Menteri, Malaysia tidak menghiraukan gesaan Amerika Syarikat (AS) yang melobi negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB minggu depan.

“Mana-mana negara berhak hadir untuk mengemukakan pandangan mereka terutama keadilan bagi rakyat Palestin dan Gaza. Itu pandangan kita.

“Jadi saya menyokong inisiatif dalam hal ini oleh Putera Mahkota Mohamed bin Salman dan juga Presiden Perancis, (Emmanuel) Macron,” katanya ditemui media lapor BH selepas Solat Jumaat di Masjid Azzubair Ibnul Awwam di ibu negara.

Media semalam melaporkan, AS dipimpin Doland Trump sedang melobi negara-negara asing supaya tidak menghadiri persidangan PBB minggu depan yang dianjurkan bersama oleh Perancis dan Arab Saudi.

Persidangan dijadual berlangsung di New York dari 17 hingga 20 Jun, dengan fokus utama terhadap penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Malaysia akan menghantar wakil untuk hadir ke persidangan itu nanti.

“Ada (wakil Malaysia tapi) bukan saya,” katanya ringkas.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat