AGC gesa orang awam elak buat penyataan fitnah, sindir dan spekulatif keputusan kes Yusoff Rawther

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat penyataan yang bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan kes bekas pembantu penyelidik Muhammed Yusoff Rawther yang dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam tanpa dipanggil untuk membela diri atas dua pertuduhan mnegedar dadah kanabis dan memiliki dua pucuk pistol palsu.

Jabatan Peguam Negara mengingatkan pentadbiran keadilan hendaklah tidak dijejaskan oleh perbicaraan melalui media (trial-by-media), sindiran awam, kedudukan atau persepsi.

“Jabatan Peguam Negara mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Jun 2025 untuk membebaskan tertuduh Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan-pertuduhan terhadap beliau di akhir kes pendakwaan. Jabatan ini menghormati keputusan Mahkamah Tinggi dan mengambil maklum alasan keputusan yang diberikan dalam kes tersebut.

“Ini adalah kerana tujuan sesuatu pendakwaan dijalankan adalah untuk memastikan keadilan tercapai berdasarkan bukti dan nas undang-undang.

“Jabatan ini menyedari bahawa kes ini telah menarik perhatian umum. Sepanjang prosiding, Jabatan ini telah bertindak menurut batas kebebasan pendakwaan dan proses undang-undang. Pendakwaan telah dijalankan berdasarkan penelitian secara berhati-hati terhadap bukti yang tersedia dan tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Jabatan ini menggesa orang awam untuk mengelak daripada membuat penyataan yang bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung dengan keputusan kes tersebut lebih-lebih lagi jika ianya dibuat di luar skop alasan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah,” menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Justeru, Jabatan Peguam Negara akan meneliti keputusan kes dan mempertimbangkan semua aspek berkenaan sebelum membuat sebarang tindakan selanjutnya.

“Jabatan ini kekal komited dalam menegakkan kedaulatan undang-undang dan akan terus melaksanakan tanggungjawabnya menurut perlembagaan dengan berintegriti, saksama dan menghormati proses pengadilan,” tegasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat