Takut tangani masalah ketirisan SST berpuluh bilion ringgit, punca harga diesel dinaikkan – Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyasaran subsidi diesel didakwa dilaksana kerana kerajaan tidak mempunyai wang untuk beri kontrak dan projek serta tiada kemasukan pelabur.

Dakwaan itu dibuat bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Isham Jalil.

Beliau mendakwa, kerajaan takut untuk menangani masalah ketirisan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang membabitkan berpuluh bilion ringgit, justeru harga diesel dinaikkan bagi menambah duit kerajaan.

“Cakap sahajalah kerajaan takda duit untuk beri kontrak-kontrak dan projek-projek dan pelabur pun taknak masuk.

“Dan kerajaan takut untuk tangani masalah ketirisan SST berpuluh bilion, oleh itu naikkan harga diesel untuk tambah duit.

“Yang seludup diesel lepas. Yang lari dari bayar SST lepas. Yang kamu tekan dan suruh bayar adalah rakyat. Inilah ekonomi Madani cap Anwar dan Rafizi,” bidas Isham dalam kenyataan pada Khamis.

Isham berkata demikian merujuk, Rafizi yang dilabel pakar formula minyak dalam ceramahnya semalam di Sungai Bakap cuba jawab ke mana subsidi diesel berbilion-bilion selama ini kononnya hilang.

“Sebelum itu kerajaan (pengarah ekonomi Anwar) kata kerajaan telah hilang RM7-8 billion setahun (atau dianggarkan bersamaan 20 juta liter diesel sehari) akibat diesel diseludup keluar sempadan. Saya kata angka itu tidak masuk akal.

“Rafizi kata ada dua cara penyeludup seludup keluar diesel. Satu jalan darat melalui sempadan, dan kedua melalui nelayan yang seludup diesel melalui bot-bot nelayan yang diisi dari skid tank.

“Dia salahkan nelayan pula yang kononnya seludup keluar diesel ini. Rafizi, jika nelayan seludup keluar 20 juta liter sehari atau waima separuh dari itu pun dan jual diesel di laut, maka ada berpuluh-puluh ribu bot nelayan yang beroperasi curi, seludup dan jual diesel di atas laut setiap hari,” katanya.

Menurut Isham, dakwaan itu umpama nelayan buka stesen minyak di atas laut dengan berpuluh ribu bot nelayan setiap hari berkumpul untuk seludup dan jual diesel di tengah lautan.

“APMM takkanlah tidak nampak berpuluh ribu bot ini berkumpul jual berpuluh juta liter diesel setiap hari? Ini tidak masuk akal.

“Kelmarin saya telah tulis bagaimana angka RM7-8 billion (atau 20 juta liter diesel sehari) yang diseludup melalui sempadan darat seperti yang kerajaan kata itu pun tidak masuk akal, sebab jika ia benar akan ada berpuluh ribu lori beratur untuk lolos sempadan setiap hari untuk seludup diesel. Jika mereka guna tanki IBC 1,000 liter pun, maka 10,000-20,000 lori diperlukan untuk seludup keluar diesel setiap hari.

“Jika mereka guna lori tanker 20,000 liter sekalipun untuk seludup diesel 20 juta liter, seribu lori tanker ini beratur di sempadan setiap hari untuk seludup diesel. Siapa ada nampak seribu lori tanker 20,000 liter beratur di sempadan masuk Thailand atau Singapura bawa diesel setiap hari dan setiap satu lori tanker ini lolos setiap minit? Dan mengikut andaian ini, penguatkuasa, polis dan kastam duduk sahaja tengok perkara ini berlaku setiap hari tanpa buat apa-apa.

“Selepas itu di akhir ucapannya, Rafizi mungkin sedar dia telah terbelit kaki sendiri dengan angka-angka yang merepek tersebut. Dia akhirnya kata kononnya “tapi yang kebanyakan kes penyeludupan atau ketirisan ini berlaku di dalam negeri..” Dan dia kata kononnya subsidi-subsidi ini kebanyakannya hilang kerana ada orang pergi curi diesel dari pam stesen dan jual kepada industri,” katanya.

Beliau memberitahu Rafizi, pertama ialah kalau subsidi itu hilang akibat dalam negeri, ia bukan dipanggil penyeludupan.

Ujar Isham, penyeludupan ini merentas sempadan.

“Takkan ini pun kamu tak tahu? Sebelum itu kawan kamu di PMO kata RM7-8 billion subsidi ini hilang diseludup keluar. Siapa yang menipu ini?

“Kedua, menteri-menteri kamu kata kita guna RM10.8 billion subsidi diesel dalam negeri satu tahun pada tahun 2023. Kalau RM7-8 billion diesel ini “kebanyakannya hilang dalam negeri” akibat orang pergi jual diesel kepada industri seperti yang kamu kata semalam, maksudnya dalam 70-80 peratus daripada diesel yang diisi di pam-pam stesen di seluruh negara ini orang curi dan jual kepada industri.

“Takkan hanya 20-30 peratus diesel yang diisi di pam itu diisi oleh pengguna sahih dan yang lain semua diisi pengguna haram? Ini kencing jenis apa? Saya lihat kamu sudah habis belit dan habis kencing. Kamu ingin tipu siapa lagi? tempelak Isham.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat