“Sanggup kerja gaji harian RM50 asalkan keluarga saya selamat, tak mahu hidup dalam ketakutan ” -Faisal Halim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- “Saya sangggup hilang gaji puluhan ribu ringgit asalkan keluarga saya selamat.”

Itu antara luahan penyerang Selangor FC, Faisal Halim pada kemunculan pertamanya di khalayak umum pada sidang media khas di Pusat Latihan Selangor FC, pada Khamis.

Pemain berusia 26 tahun itu, berkata dia meluahkan perkara itu kepada Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC (SFC), Datuk Seri Shahril Mokhtar ketika minggu kedua dia berada di hospital untuk menjalani rawatan.

Katanya, apa yang menimpa dirinya itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan sukar untuk diterima.

“Minggu kedua saya cakap kepada Datuk Seri (Shahril) yang saya sanggup hilang gaji saya berpuluh ribu untuk berhenti bermain bola sepak asalkan saya selamat, keluarga saya semua selamat.

“Namun, Datuk Seri beritahu saya, beliau beri jaminan keselamatan saya dan keluarga. Ketika itu saya kembali bersemangat untuk teruskan bermain bola sepak kembali.

“Saya cakap kepada isteri saya, keluarga termasuk ayah dan abang, saya tidak kisah saya sanggup hilang gaji, balik kampung untuk hidup dengan tenang,” katanya memetik BH.

Selepas mengharungi empat pembedahan sepanjang berada di hospital, Penjaring Gol Terbaik Piala Asia itu dibenarkan keluar hospital 25 Mei lalu.

Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya, berkata dia sanggup bekerja dengan gaji harian sebanyak RM50 asal dapat pastikan keluarganya selamat.

“Saya tidak mahu hidup dalam ketakutan sebab apa yang berlaku kepada saya adalah di luar jangkaan dan tidak boleh terima,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat