Sayang singkir orang muda, Shahrir respons pemecatan Isham

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penamatan khidmat Isham Jalil selaku Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor disifatkan sebagai kerugian kepada jentera parti negeri itu.

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad berkata, gerak kerja anak muda amat diperlukan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Saya tunggu juga untuk melihat kalau-kalau ada apa perkembangan terbaharu dalam perkara Isham Jalil yang diberhentikan dari jawatan Penerangan BN Selangor.

“Tak perlu saya membuat penilaian saya sendiri selain daripada menyatakan bahawa sayanglah kita tidak dapat menempatkan mereka, terutama seorang anak muda, dalam gerak kerja parti menjelangnya PRU-15,” kata Shahrir dalam kenyataan pada Ahad.

Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu bagaimanapun berkata, beliau percaya Isham
tidak akan kecewa dengan layanan terhadapnya.

“Ianya bukan lagi kuasa yang bersumber dari jawatan tapi kuasa yang berasaskan kepada pemikiran yang rasional dan berfakta.

“Power of ideas, my friend. No longer power from an official position,” ucap Shahrir.

Pada Rabu minggu lalu, BN Selangor menamatkan perkhidmatan Isham sebagai Ketua Penerangan negeri itu.

Surat bertarikh 3 Jun itu dikemukakan oleh Setiausaha BN Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.

“Adalah dimaklumkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras BN Selangor telah bersetuju agar perkhidmatan Tuan (Isham) sebagai Ketua Penerangan BN Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan ini dibuat melalui perbincangan bersama Pengerusi BN Malaysia (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) dengan merujuk kepada Fasal 23 Perlembagaan BN di mana tidak termaktub dan tertera di dalam Perlembagaan bagu Pengerusi Jawatankuasa BN Negeri untuk melantik Ketua Penerangan,” kata Satim dalam surat berkenaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat