Baik pulih kualiti padang, cemar imej negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pejuang Muda menzahirkan rasa kesal terhadap pengurusan stadium padang bola bagi Perlawanan Antara Kelayakan Asia 2023 yang sedang berlangsung berhubung isu penangguhan perlawanan bola sepak selama 30 minit disebabkan hujan kelmarin.

Exco Sukan, Pejuang Muda, Aliff Jamil, menggesa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk mengambil berat dalam soal persiapan dan pengurusan padang bola stadium juga memastikan agar kualiti pasang lebih efisien pada masa akan datang.

Selain itu, katanya Pejuang Muda juga turut menggesa KBS serta pihak yang terlibat mengambil tindakan drastik bagi membaik pulih sistem perparitan dan kualiti padang bola dengan secepat mungkin, sesuai dengan kos pembinaan padang bola yang dikatakan telah menelan hampir RM 10 juta.

“Cadangan penangguhan perlawanan bola selama 30 minit itu adalah disebabkan sistem perparitan padang bola di Stadium Nasional Bukit Jalil bermasalah.

“Pengurusan padang bola Stadium Nasional Bukit Jalil itu adalah dibawah tatakelola Perbadanan Stadium Malaysia serta dibawah seliaan KBS.

“Tindakan yang diambil oleh petugas Stadium malam kelmarin bagi membuang takungan air di padang bola adalah tidak wajar kerana secara tidak langsung boleh merosakkan kualiti padang bola,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut Aliff, tindakan ini sekali gus mencerminkan ketidakcekapan sistem pengurusan padang bola nasional yang boleh menjejaskan reputasi sukan negara pada persepsi luar.

Kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil terus mendapat kritikan memalukan daripada pasukan yang bertanding dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 dengan menyifatkan ia tidak setanding keindahan reka bentuk stadium itu.

Isu kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum ini sering menjadi perdebatan hangat termasuk ditegur pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Bagi menjaga nama baik negara di mata dunia, Tunku Ismail mengambil langkah drastik pada Mac lalu apabila tampil menaja penukaran rumput di gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya itu dengan kos dianggarkan mencecah sehingga RM1.4 juta.

Begitupun, proses penukaran dari rumput Cow Grass kepada rumput lebih berkualiti jenis Zeon Zoysia hanya akan dijalankan pada awal tahun depan susulan jadual tempahan penggunaan stadium yang sudah penuh sehingga hujung tahun ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat