Bayi Tertukar di Hospital, Usahawan Kosmetik Cemas

- Advertisement -

SELANGOR: Usahawan Kosmetik, Siti Suriani yang dikenali sebagai Jamumall berasa cemas apabila bayi dia baru lahirkan telah tertukar dengan bayi lain pada Jumaat lalu di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

Memetik laporan Utusan, Usahawan tersebut melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 2.36 pagi dan pulang bersama bayi semalam selepas dibenarkan oleh pihak hospital. Namun, pasangan suami isteri itu hanya menyedari bayi terbabit bukan anak mereka ketika suaminya mahu memotong tanda nama pada kaki bayi itu yang mendapati ia tertera nama wanita lain.

Detik cemas itu beliau kongsikan melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula pukul 7.40 malam semalam.

“Saya tidak tahu apa nak cakap, saya gementar dan terkejut selepas melihat tanda nama wanita lain pada kaki bayi lelaki ini.

“Pada tanda nama di kaki bayi itu, tertera nama ibunya dan waktu dilahirkan pukul 3.02 petang, 10 Jun tetapi saya melahirkan anak pada semalam (11 Jun) pada pukul 2.36 pagi,” katanya menerusi perkongsian terbabit.

Sebaik sahaja menyedari perkara itu, Siti Suriani berkata, dia dan suami terus menghubungi pihak hospital untuk memaklumkan perkara berkenaan.

“Ini bukan drama, ini realiti. Sebelum ini hanya tengok drama anak tertukar, tapi kini jadi betul-betul kepada diri saya.

“Jika suami tidak menyedari nama ibu pada tanda nama itu, sampai bila-bila kami menyangka dia anak kami walaupun saya memang ada terdetik kenapa wajah anak saya ketika dilahirkan itu lain dengan yang ini.

“Saya memang ‘double check’ nama ibu pada katil bayi saja sebelum mahu nak bawa keluar, saya tidak tengok pada tag nama di kaki,” ujarnya.

Video rakaman FB Live berdurasi sejam 49 minit berkenaan mendapat 2.7 juta tontonan dengan 57,000 tanda reaksi, 68,000 komen dan dikongsi 50,000 kali.

Menerusi FB Live terbarunya malam tadi, Siti Suriani memaklumkan dia sudah menemukan bayinya itu.

“Pasangan suami isteri itu menjaga anak saya dengan baik dan bayi ini juga anak pertama mereka dan saya menganggap kejadian ini sebagai pengajaran yang tidak boleh dilupakan dan dijadikan sebagai kenangan dalam hidup.

“Saya bersyukur sangat dapat bersama kembali dengan anak saya,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib ketika dihubungi memaklumkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai insiden itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat