Anwar Sebut Isu Sama Berulang Ulang – Noh Omar

KUALA LUMPUR – Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menyentuh mengenai isu yang sama berulang-ulang ketika majlis Debat Perdana yang berlangsung malam tadi.

Jelasnya, berbeza dengan Datuk Seri Najib yang terus menerus dilihat melontarkan fakta serta idea untuk memgangkat nasib rakyat di negara ini.

“Saya teliti hujah mereka bahawa berbeza apabila datuk Seri Najib bercakap berdasarkan fakta dan jauh ke hadapan. Bagaimana untuk memberikan pembelaan kepada rakyat dan memajukan negara.

“Datuk seri anwar ibrahim saya tengok isu yang dia cakap isu yang sama rasuah, integriti padahal perkara itu kita telah laksanakan.

“Datuk seri anwar lebih kepada ambik tindakan dulu, forensik dulu, dakwa dulu. Eh kalau dakwa syarikat tu lingkup macamana? Dan di sini lah jelas perbezaan mereka,” katanya selepas majlis Debat Perdana di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

Dengan mengambil contoh isu Sapura Energy Bhd (SEB), beliau berkata seharusnya syarikat itu perlu diselamatkan terlebih dahulu, dalam masa sama tindakan perlu diambil terhadap mereka yang melakukan kesalahan.

“Dalam isu Sapura, bagi saya dua benda berbeza. Untuk menyelamatkan syarikat isu lain. Tapi untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati melakukan kesalahan itu isu lain.

“Jadi untuk menyelamatkan Sapura itu, saya nampak hujah Datuk Najib jelas bahawa dua isu ini berbeza. Selamatkan dulu syarikat dan dalam masa sama siapa yang perlu diambil tindakan silakan.

“Jangan sampai syarikat pun hancur, kerana nak ambil tindakan kepada mereka yang bertanggungjawab. Dekat situ je saya nampak bezanya pendapat,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut menyatakan bahawa kedua-dua pendebat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Datuk Seri Najib Razak merupakan .tokoh yang pada asalnya adalah dari parti dan perjuangan yang sama.