CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) merakam percakapan pengendali akaun media sosial MyNewsHub di ibu pejabat SKMM, di sini, pada 8.40 malam semalam.
Menurut kenyataan media SKMM, telefon dan kad sim juga telah disita.
Jelas SKMM lagi, rakaman percakapan ini adalah susulan tindakan suspek tersebut memuat naik dan memainkan semula klip video lama dengan teks yang menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.
”Setelah selesai siasatan, kertas siasatan akan diserahkan kepadbatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
”Pegawai penyiasat telah menyita kad sim dan satu unit telefon bimbit milik suspek yang telah digunakan untuk memuat naik video berkenaan bagi membantu siasatan.” Kata kenyataan tersebut.
Tegas SKMM, mereka memandang serius penularan video berdurasi 1 minit 10 saat dengan tajuk “Tanya pasal kuarters je dh kena mcm tu depan KSN!!”.
Kata SKMM lagi, muat kandungan yang mempunyai niat untuk menyakitkan hati atau menganggu pihak lain seumpama ini adalah melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).
Jelas SKMM lagi, berdasarkan kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), video tersebut merupakan simulasi kesiapsagaan anggota keselamatan sekiranya berdepan dengan situasi serangan provokatif.
”Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun, atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.
”Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkain dan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan kandungan tidak sahih dan palsu.” Kata SKMM lagi.-SUARATV