Alas kaki gambar Kaabah hanya sejadah mini – AEON BIG

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — AEON BiG (M) Sdn Bhd dan A&R Fashion Collection (A&R) dalam satu kenyataan bersama hari ini menjelaskan alas kaki bergambar Kaabah yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sebenarnya adalah sejadah mini.

Menurut kenyataan, terdapat kekeliruan dan salah faham apabila sejadah itu dilabel secara tidak tepat iaitu sebagai alas kaki.

“Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.

“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas menyebabkan kekeliruan.

“Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai “Sejadah” telah pun dicerminkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kedua dua pihak telah dimaklumkan mengenai isu ini pada 9 April 2024, dan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Pembekal yang terlibat, A&R Fashion Collection mengesahkan bahawa produk berkenaan adalah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

“Pembekal ini juga adalah syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera dan membekalkan pakaian muslimah patuh syariah. Ia telah menjadi pembekal kami sejak 2015,” kata kenyataan itu.

A&R juga mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa.

“Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan.

“AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan,” katanya.

Terdahulu sejumlah 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Untuk rekod pembekal iaitu A&R Fashion Collection merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik bumiputera (Islam) yang membekalkan pakaian patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani dan tikar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat