Pengerusi Sekretariat Ops Ihsan Jismi Johari menerusi kenyataan berkata serangan pada 5.30 petang waktu tempatan itu juga nyaris memusnahkan pek makanan dari Malaysia.

“Makanan asas ini akan dihantar ke utara Gaza di mana tahap kebuluran meningkat ekoran sekatan Israel ke atas bantuan kemanusiaan ke kawasan berkenaan,” katanya.