Fitnah Agong tidak utamakan agama, Pemuda UMNO akan buat laporan polis – Dr Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh telah meminta Pemuda UMNO Johor membuat laporan polis terhadap seorang individu yang memfitnah Yang di-Pertuan Agong tidak meletakkan agama di tempat pertama.

Tegas Dr Akmal, ia satu penghinaan pada institusi raja selaku ketua umat Islam di negara ini.

Ujarnya lagi, kenyataan individu tersebut boleh memecahbelahkan masyarakat dengan fitnah sesama sendiri.

“Bagaimana ummah ingin kuat jika masih ada sesama kita yang cuba memecahbelahkan dengan fitnah sesama sendiri.

“Saya menganggap kenyataan saudara Hezry Yasin ini adalah amat keterlaluan apabila cuba memfitnah seolah-olah YDPA tidak meletakkan agama di tempat pertama dan ini adalah satu penghinaan pada institusi raja selaku ketua umat islam di negara ini

“InsyAllah malam ini saya telah minta kepimpinan pemuda UMNO Johor untuk membuat laporan polis atas tuduhan melampau yang telah dilemparkan oleh individu ini Kami tetap akan mempertahankan agama,bangsa dan raja-raja kami tidak kira siapa pon kamu!!,” kata Dr Akmal menerusi kenyataan Facebooknya.

Terdahulu, seorang individu di akaun Facebook miliknya ( Hezry Yasin) telah menulis “saat bacaan doa selepas khutbah ke-2, saya menadahkan tangan, namun, ketika doa buat Sultan/Agong dan keluarga, saya menurunkan tangan dan kembali menadahkan tangan selepas selesai doa buat mereka (doa buat rakyat Islam)

Kata Hezry lagi, Pada hematnya, doa beliau untuk pemimpin yang meletakkan agama no 1. Perjuangkan dan pertahankan Islam apatah lagi bila Islam diancam, bukan diam dan biarkan rakyat marhaen pula yang beriya pertahankan sehingga dikecam, diperli dan ditertawakan.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat