Najib, BN tak bankrapkan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak membentangkan fakta bahawa sepanjang sembilan tahun menjadi Perdana Menteri beliau tidak bankrapkan negara seperti didakwa.

Najib menegaskan, jadi jangan lagi sesiapa yang masih nak fitnah saya dan BN telah bankrapkan negara.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah membelanjakan lebih RM600 bilion untuk lawan Covid-19.

Hal demikian kata Muhyiddin, sebab itu kerajaan sekarang dah tak ada banyak wang yang tinggal seperti dahulu.

Kata Najib, sebelum PRU14, dia (Muhyiddin) dan kawan-kawan dia juga yang asyik ratib negara sudah bankrap bawah Najib sebab hutang negara naik RM300b dalam tempoh sembilan tahun (tapi jumlah aset negara naik RM1.2 trilion dari RM800b ke RM2 trilion pada akhir tahun 2017).

“Dari mana datangnya RM600 bilion itu untuk PN belanja?

“Bukan Pakatan Harapan (PH) yang simpan sebab defisit serta hutang negara naik lagi tinggi masa rejim PH.

“Rupanya kerajaan pada masa PN mula memerintah masih ada banyak duit untuk PN belanja lebih RM600 bilion sejak setahun dahulu,” catat Najib di Facebook.

Ahli Parlimen Pekan itu menjelaskan, selepas PRU14 pula, hutang negara juga naik RM300 bilion tetapi jumlah nilai aset turut jatuh.

“Jadi jangan lagi sesiapa yang masih nak fitnah saya dan Barisan Nasional (BN) telah bankrapkan negara.

“Realitinya ialah kerajaan BN dalam tempoh 9 tahun saya PM telah menjaga ekonomi dengan amat baik dengan; kadar pertumbuhan ekonomi yang tinggi; kadar pelaburan asing paling tinggi dalam sejarah serta paling tinggi di ASEAN pada tahun 2017; pembangunan infrastruktur seluruh Malaysia, bantuan rakyat yang semakin naik setiap tahun; pasaran saham yang naik dari 800 point hingga 1,896 point iaitu paras paling tertinggi dalam sejarah.

” Aset dan rizab tunai Petronas naik empat kali ganda dari RM114b ke RM432b; nilai aset bersih Khazanah naik juga hampir naik 4 kali ganda dari RM32b ke RM116b dan dividen-dividen serta Hibah tabung rakyat yang tinggi sepanjang tempoh itu; bantuan rakyat yang diperkenalkan dan dinaikkan jumlah setiap tahun – misalnya BR1M naik dari sifar ke RM500 ke RM1,200 dan bakal menjadi RM1,800 pada tahun 2018 jika BN menang PRU14.

“Itu adalah fakta,” tegas Najib

Semalam Muhyiddin berkata, kerajaan telah membelanjakan banyak wang iaitu sebanyak RM600 bilion dalam Belanjawan 2021 dan beberapa pakej rangsangan untuk membantu rakyat Malaysia yang terkesan akibat Covid-19.

“Sudah banyak kita belanjakan wang tahun ni, tahun lepas. Apa sebab? Covid-19. RM340 bilion untuk pakej-pakej rangsangan, RM322 bilion untuk belanjawan.

“Saya pergi sekolah tapi saya tak pandai kira how much is that, saya fikir banyak orang Sikh faham, it is more than RM600 billion, that’s big sum of money (ia lebih daripada RM600 bilion, jumlah yang sangat besar),” katanya kepada masyarakat Sikh sempena sambutan perayaan Vaisakhi di Petaling Jaya, Selangor semalam.

“What i am trying to say here, we don’t have much money left (Apa yang saya cuba nak sampaikan di sini, kita tak banyak wang lagi yang tinggal),” katanya.

“Kita tak ada banyak wang seperti sebelum ini, kerana perkara yang paling penting bagi kita adalah memastikan kehidupan kita; kita seharusnya dapat menguruskan diri dengan lebih baik,”katanya. -SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat