Laudya Cynthia Bella wanita idaman Dimas Beck

- Advertisement -

Jakarta: Anggota kumpulan Bukan Bintang Biasa, Dimas Beck mendedahkan salah seorang wanita idamannya adalah Laudya Cynthia Bella dan dia turut mengakui sangat menyayangi pelakon itu.

Dimas menerusi saluran YouTube Nikita Mirzani baru-baru ini berkata, Bella seorang wanita yang sangat baik.

“Saya benar-benar menyayanginya. Kami sudah melalui pelbagai cabaran bersama kerana sudah lama mengenali antara satu sama lain,” katanya.

Sebelum ini, Laudya yang juga salah seorang pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan itu digosipkan bercinta dengan Dimas yang juga pelakon senegaranya.

Namun, selepas 15 tahun berkawan, mereka pernah tampil menjelaskan bahawa hubungan mesra di antara mereka sekadar sebagai sahabat baik.

Dimas sebelum ini jarang berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

Bella pernah berkahwin dengan ahli perniagaan dari Malaysia, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 8 September 2017. Bagaimanapun, mereka bercerai pada Julai tahun lalu.

Perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat