Jawapan Soalan Lazim Bantuan Tunai RM200 Kepada Pelajar IPT

- Advertisement -

Berikut adalah  jawapan kepada soalan lazim yang disediakan Kementerian Kewangan mengenai bantuan tunai RM200 untuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini

1. Berapakah nilai bantuan pelajar “one-off” ini?

Setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan “one-off” berjumlah RM200.

2. Siapakah yang layak menerima bantuan ini?

Pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima bantuan ini:
a) Warganegara Malaysia dan
b) Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa pada 31 Mac 2020 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:

Pelajar IPT di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Pendidikan (KPM) dan kementerian berkaitan di pelbagai peringkat pengajian tinggi, termasuk kolej komuniti, politeknik, universiti awam (UA) dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS);
Pelajar institusi pendidikan yang setara dengan tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama (STAM), diploma kolej vokasional, diploma dan setara institusi TVET, matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, International Baccalaureate Diploma, Australian Matriculation (AUSMAT) Diploma, diploma lanjutan, sarjana muda dan setaraf, sarjana dan setaraf, doktor falsafah dan setaraf, serta kursus bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf kerajaan atau badan profesional di Malaysia;

Pelajar IPT di bawah seliaan KPM dan KPT atau IPT yang berdaftar di bawah akta berkuat kuasa.

Pelajar IPT diploma atau setara, termasuk pelajar sepenuh masa SKM4 dan ke atas di institusi di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pembangunan Luar Bandar/Mara.

3. Berapa ramaikah penerima bantuan ini?

Dianggarkan 1.5 juta pelajar akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.

4. Adakah bantuan ini turut diberikan kepada pelajar Malaysia yang berada di luar negara?

Tidak, bantuan ini untuk pelajar yang menuntut di Malaysia saja (merujuk perkara no 2).

5. Bolehkah pelajar menyemak status kelayakan masing-masing?

Semua pelajar boleh menyemak status kelayakan masing-masing melalui pegawai di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di IPT masing-masing.

6. Apakah yang harus dibuat sekiranya pelajar berpendapat beliau memenuhi kriteria kelayakan menerima bantuan ini?

Pelajar diminta menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mengemas kini dokumen/maklumat berikut:
a) Salinan kad pengenalan
b) Nombor akaun bank dan nama bank
c) Salinan penyata/buku bank (muka surat yang mempunyai nombor akaun bank); dan
d) Nombor telefon bimbit/e-mel

7. Bagaimanakah bantuan ini akan disalurkan kepada pelajar?

Bantuan akan disalurkan kepada pelajar yang layak melalui akaun bank masing-masing (sekiranya memenuhi syarat di no 2) mulai hujung April 2020 oleh institusi masing-masing. Semakan boleh dibuat di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

8. Bagaimana sekiranya pelajar tidak mempunyai bank akaun?

Bantuan akan disalurkan ke akaun bank milik pelajar saja. Pelajar perlu membuka akaun bank sekiranya belum mempunyai akaun bank sendiri.

9. Jika terdapat keciciran nama penerima bantuan ini, apakah tindakan yang perlu diambil pelajar tersebut?

Pelajar boleh menghubungi pegawai penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

10. Adakah pelajar yang telah berhenti atau tangguh pengajian sebelum atau dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) layak menerima bantuan ini?

Hanya pelajar yang berstatus aktif sehingga 31 Mac 2020 saja layak menerima bantuan ini.

11. Adakah pelajar yang sedang menjalani latihan industri dan “work-based learning” layak menerima bantuan ini?

Ya, pelajar tersebut layak menerima bantuan ini.

12. Adakah pelajar semester akhir dan akan tamat pengajian pada Mei 2020 layak menerima bantuan ini?

Layak. Pernyataan ini merujuk kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian dan berstatus aktif di IPT masing-masing pada 31 Mac 2020.

13. Sekiranya pelajar sedang menjalani latihan industri dan “work-based learning”, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan bantuan ini?

Pelajar boleh menghubungi Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing untuk mendapatkan maklumat lanjut.

14. Adakah pelajar yang telah tamat pengajian sebelum 31 Mac 2020 layak menerima bantuan ini?

Tidak. Ini kerana pelajar tidak lagi berstatus aktif di institusi masing-masing.

15. Bolehkah bantuan disalurkan melalui akaun ibu, ayah atau saudara mara?

Tidak. Pelajar mesti mempunyai akaun bank sendiri.

16. Bolehkah pelajar membuka akaun di mana-mana bank?

Ya, pelajar boleh membuka akaun di mana-mana bank tempatan. Mana-mana akaun yang dibuka dengan bank tempatan sama ada konvensional atau Islamik boleh diterima. Akaun Tabung Haji dan akaun Amanah Saham tidak diizinkan untuk penggunaan bantuan ini.

17. Sekiranya terdapat kemusykilan berhubung bantuan ini, siapakah pegawai yang boleh dirujuk?

Pelajar boleh menghubungi pegawai penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing.

18. Bagaimana boleh hubungi kementerian/IPT seliaan?

Pelajar IPT digalakkan menghubungi terus pegawai penyelaras di Bahagian Kemasukan Hal Ehwal Akademik/Unit Hal Ehwal Pelajar/Unit Pembangunan Pelajar di institusi masing-masing berkenaan pembayaran RM200 ini. Sekiranya terdapat sebarang soalan lanjut, kementerian dan agensi seliaan bertanggungjawab boleh dihubungi seperti berikut:

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat