Lanun Somalia rampas kapal kargo Bangladesh, 23 kru jadi tebusan

- Advertisement -

DHAKA- Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi dan menjadikan semua 23 kru sebagai tebusan.

Ketua Pengarah Jabatan Perkapalan Bangladesh, Mohammad Maksud Alam berkata, lanun berkenaan disyaki rakyat Somalia kerana pantai itu terletak di negara berkenaan.

“Kapal kargo yang dinamakan MV Abdullah sedang mengangkut arang batu daripada Pelabuhan Maputo di Mozambique ke Pelabuhan al Hamriyah di UAE (Emiriah Arab Bersatu).

“Kru kapal itu memaklumkan kepada kami bahawa lanun berkenaan membawa senjata berat.

“Semua anggota kru, bagaimanapun selamat dan kerajaan sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka dan kapal itu menggunakan kesemua saluran diplomatik yang ada,” katanya kepada Anadolu.

Mohammad juga mengesahkan kapal itu milik SR Shipping Lines, Bangladesh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat