Dakwaan rakyat Malaysia jadi tentera upahan Russia, PDRM tak terima maklumat – KDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan pembabitan rakyat negara ini sebagai tentera upahan yang berperang bersama tentera Russia di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata demikian sebagai mengulas laporan Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine yang diterima Wisma Putra.

“Kementerian ini ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa berhati-hati dalam menerima maklumat dan sentiasa menyemak fakta sebenar terhadap informasi yang disebarkan terutamanya dalam media sosial,” katanya dalam jawapan bertulis yang diterbitkan di laman web Parlimen.

Saifuddin berkata demikian menjawab pertanyaan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mahu kementerian memberi penjelasan berhubung dakwaan rakyat Malaysia yang dikatakan berkhidmat sebagai tentera upahan Russia di Donetsk.

Memetik laporan media sebelum ini, satu laporan tentera Ukraine mendakwa terdapat rakyat Malaysia antara tentera upahan yang berperang bersama tentera di wilayah Donetsk dekat timur Ukraine, lapor BH.

Dakwa notis ringkas oleh Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan Ukraine, Russia terus merekrut tentera upahan dari beberapa negara di seluruh dunia untuk meneruskan dasar keganasan mereka.

Menurut notis berkenaan, tentera upahan dari Malaysia ditemani penterjemah termasuk bekas anggota kumpulan Wagner dilihat di wilayah Donetsk yang dikuasai Russia.

Dakwa laporan itu, pejuang itu menjalani latihan dan Pusat Pejuang Penentang Kebangsaan itu memberi amaran, sesiapa bersama Russia menentang Ukraine adalah sasaran ketenteraan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat