Iktiraf bak kut teh makanan warisan tiada kaitan isu bangsa, agama – King Sing

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan bak kut teh sebagai makanan warisan negara tiada kena mengena dengan isu bangsa atau agama.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing sebaliknya, menjelaskan pengiktirafan makanan itu dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Hal demikian, beliau memohon semua pihak termasuk ahli Parlimen supaya menghormati kepelbagaian budaya dan agama di negara ini, demi menjaga perpaduan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum.

“Bak kut teh bukan merupakan satu makanan yang pada hari ini baru ada.

“Kita tahu bahawa makanan bak kut teh dalam masyarakat ini, ada yang halal, yang tidak halal, bak kut teh vegetarian pun ada.

“Perdana Menteri menubuhkan Kerajaan Madani, semua kaum kita jaga. Saya rasa tidak payah jelaskan panjang lebar,” katanya pada sei penggulungan perbahasan Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu, lapor BH.

Pada 24 Februari lalu, Pesuruhjaya Warisan Jabatan Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin, memaklumkan 10 makanan diwartakan sebagai objek warisan melalui kuasa diberikan kepadanya oleh subseksyen 49(1) Akta 645.

Selain bak kut teh yang juga makanan tradisional masyarakat Cina, makanan lain yang turut tersenarai adalah burasak, mi kolok, nasi ambeng, dodol kukus tahi minyak, kuih genggang atau lapis, karas, uthappam, jeruk tuhau dan air katira.

Isu bak kut teh yang disenaraikan sebagai makanan warisan negara itu mencetuskan polemik khususnya dalam kalangan pemimpin politik di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat