Zenbook 14X OLED dikuasakan dengan Intel Core Generasi 13

- Advertisement -

Pengeluar perkakas perkomputeran terkemuka, ASUS memperkenalkan dua generasi laptop baharu mereka iaitu daripada Zenbook 14X OLED serta Zenbook 14 Flip OLED.

Kedua-dua laptop berkenaan menyasarkan kepenggunaan produktiviti dengan padanan spesifikasi termaju.

Menyentuh generasi ASUS Zenbook 14X OLED dengan kod produk UX3404 menjadi perkakas pertama yang dikuasakan dengancip pemproses Generasi ke-13 Intel Core bersama-sama padanan unit pemproses grafik (GPU) Nvidia GeForce RTX.

Laptop ini khusus direka untuk pengguna pelbagai tugas (multitasking) dan didatangkan dengan tiga variasi pilihan iaitu pemproses Intel Core i5-13500H bersama memori (RAM) 16GB dan storan 512GB, Intel Core i7-13700H (16GB+1TB) dan Intel Core i9-13900H (32GB+1TB+RTX3050).

Skrin paparan untuk generasi ini adalah skrin 14.5 inci dengan nisbah 16:10 papara 2.8K (2880 x 1800) bersama kadar segar semula 120Hz OLED dan pengiktirafan teknologi DisplayHDR 600 True Black.

Generasi ini juga didatangkan dengan Nvidia GeForce RTX 3050 bersama Intel Iris Xe dan padanan RAM 32GB binaan LPDDR5 dengan frekuensi kelajuan 4800MHz.

Zenbook 14X OLED ini juga didatangkan dengan sokongan dua Thunderbolt 4 USB C bersama masing-masing satu sokongan untuk USB 3.2, HDMI 2.1 (TMDS) dan satu bicu audio.

Sesuai untuk sambungan jaringan terkini, ASUS Zenbook 14X OLED WiFi 6E dengan bekalan kuasa 70Wh.

Tanda harga untuk spesifikasi paling tinggi iaitu Intel Core i9 adalah RM6,999; Intel Core i7 (RM5,999) dan Intel Core i5 (RM4,999).

Spesifikasi

Pemproses: Intel Core i5 / i7 / i9

RAM: 16GB / 32GB LPDDR5 4800MHz

GPU: Nvidia GeForce RTX 3050 / Intel Xe

Storan: 512GB / 1TB

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat