GTR Burger Sasar Santuni 2 Juta Umat Islam Menerusi Program Kebahagiaan Ramadan 2023

- Advertisement -

SEREMBAN – GTR Burger dan Pertubuhan Rezeki Infaq (RI) menjalin kerjasama untuk melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sempena kedatangan bulan Ramadan nanti.

Dinamakan “Kebahagiaan Ramadan 2023”, program yang akan dilancarkan itu nanti mensasarkan 2 juta umat Islam menerima manfaatnya.

Menurut Pengasas GTR Burger, Nordin Mat, kerjasama dengan RI itu juga membuka peluang kepada pihak-pihak lain untuk beramal sempena bulan Ramadan menerusi infak dan sedekah jariah menerusi program tersebut.

“Gabungan kedua organisasi ini menghasilkan satu program “Kebahagiaan Ramadan 2023″ yang antara agendanya adalah mencari dana serta memberikan manfaat kepada 2 juta orang sepanjang bulan Ramadan nanti.

Selain mengimarahkan bulan Ramadan tahun ini, kami juga ingin menjadikan bulan yang mulia itu lebih bermakna kepada kita semua melalui rezeki yang dikongsi bersama orang yang memerlukan”, katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Tambah beliau, fokus dan objektif bagi program Kebahagiaan Ramadan 2023 adalah untuk menaja hidangan berbuka puasa kepada mereka yang memerlukan dengan mensasarkan 20 ribu buah masjid, pusat tahfiz, surau dan madrasah di seluruh negara.

Menerusi program itu, 5 ribu peniaga juga akan mendapat manfaat dalam membekalkan hidangan juadah berbuka puasa yang akan diagihkan setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan infak dan sedekah program Kebahagiaan Ramadan 2023 serendah RM30.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi website https://rezekiinfaq.com/kempen/kebahagiaan-ramadan-2023/

GTR Burger diasaskan oleh Koperasi Penternak Ruminan yang membangunkan rangkaian perniagaan burger yang kini mempunyai sejumlah 310 cawangan di seluruh Malaysia.

Manakala Pertubuhan RI pula adalah sebuah NGO berdaftar yang dibenarkan menerima sumbangan tunai oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), fokus kepada penyaluran bantuan pendidikan, pembangunan serta kebajikan anak yatim, tahfiz dan madrasah di seluruh negara.

“Kami mengharapkan sokongan semua pihak untuk sama-sama kita imarahkan bulan Ramadan nanti dengan amal jariah serta infak untuk mereka-mereka yang memerlukan”, katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat